Assalamualaikum w.b.t. 😊
Alhamdulillah since dapat tahu saya pregnant, pejam celik kandungan saya dah pun berusia 18 minggu. So apa yang berdebar sangat tu ye. Jeng jeng jeng~
Sebenarnya lepas dapat tahu pregnant, saya terus buat temujanji dengan doktor Hamid untuk check situasi kandungan saya. Mungkin ada setengah orang tunggu untuk buka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) berdekatan atau pergi klinik terdekat untuk pengesahan pregnant kan, tapi saya nak juga jumpa doktor Hamid since saya ada buat operation dengan dia 6 bulan lepas, nak juga beliau check condition kandungan saya ok ke tak dan sekiranya ada masalah ke boleh bincang terus dengan beliau since beliau ada rekod sejarah rawatan saya.
Pada 16/03/2020, tarikh yang saya dapat temujanji dan awal pagi dah terpacak dekat TDMC. Klinik pun gelap lagi huhu. Semangat tak semangat tu 😂. Agak lama tunggu staff klinik datang dan agak lama juga nak tunggu turn jumpa doktor walaupun dah datang awal. Tapi apela sangat nak menunggu jumpa doktor tu dengan debaran untuk scan huhu.
Akhirnya dalam jam 10 lebih nama saya dipanggil juga ke bilik scan. Hanya seorang je boleh masuk kebiasaannya, suami saya tunggu di luar je. Hati berdebar entah kenapa sebab masa staff doktor scan, dia diam je dan kita tak dapat nak tengok dekat skrin monitor tu sebab skrin hanya mengarah ke staff. Lama diam, soalan pertama dia tanya ' Puan ada bleeding tak?'.... Masa ni dah rasa tak sedap hati. Dia pun beritahu yang kantung dah nampak cuma position kantung berada di tengah rahim dan sepatutnya duduk belah atas. Jadi saya buat kesimpulan sendiri yang mungkin ada risiko gugur sebab duduk di tengah, semakin dekat dengan serviks. Allah masa tu sedih sangat rasa dan tahan air mata. Staff doktor cakap tak apa kita jumpa doktor dulu. Keluar dari bilik scan terus beritahu suami. Saya pulak tanya 'Abang mesti sedih kan', dia pulak jawab 'Tak lah ni kan rezeki Allah, kecewa sikit ada la tapi tak lah sampai sedih'. Alaaaaa sedih kita. Masa menunggu turn jumpa doktor, saya ada mesej kakak ipar yang kerja sebagai gynae juga, ada harapan ke kandungan untuk survive kalau kantung di tengah? Kakak ipar beritahu ada je dan suruh banyakkan berdoa. InsyaAllah tiada yang mustahil dengan kuasaNya 😊.
Masa untuk jumpa doktor Hamid pun tiba, doktor tak cakap tahniah pun buatkan saya rasa macam mungkin sebab kantung kat tengah tadi hihi. Doktor tak cakap pasal kantung di tengah tu, cuma beritahu kantung dah nampak. Beliau akan bagi ubat kuat rahim macam dalam gambar di bawah tu untuk disuntik pada bahagian pinggul/lengan sebanyak sekali seminggu selama sebulan. Kemudian suami tanya, boleh ke nak jalan jauh?Doktor larang jalan jauh sebab kandungan tak kuat lagi, untuk bersama pun dilarang. Saya ada tanya berkenaan hal kerja sebab kerja saya perlu melasak juga dan pejabat pun kena turun naik tangga. Doktor suggest untuk bekerja dari rumah selama 3 bulan. Jadi saya pun bersetuju. Surat juga diberi untuk diserahkan kepada majikan.
Lama menahan tangis dekat klinik, akhirnya bila buka cerita depan bos berjuraian air mata. Memang tak dapat tahan. Malu pun dah tak kisah sebab tak dapat tahan 😂. Alhamdulillah bos teramat memahami sebab dia pun tahu dah lama saya tunggu saat ni. Siap tanya dah berapa lama saya kahwin. Jadi bermula 16/03/2020 sehinggalah 14/06/2020 saya hanya bekerja dari rumah. Kebetulan 18/03/2020 tu bermula la sejarah buat negara kita kan, PKP pun bermula. Jadi bukan saya je yang kerja dari rumah, semua sekali hihi.
Dipendekkan cerita, saya dah tak follow up dengan doktor Hamid disebabkan follow up bulan berikutnya dibatalkan due to PKP dan klinik tutup. Selepas habis ubat kuat rahim jenis suntikan tu, saya hanya teruskan ubat kuat rahim Duphaston jenis makan atas nasihat doktor yang berdekatan dengan rumah sebab dia tau kes saya juga. Dia minta teruskan sehingga 12 minggu. Masa kandungan 8 minggu, saya buka buku pink di KK dan tanya berkenaan Duphaston, doktor KK ok je untuk teruskan makan dan alhamdulillah semuanya lancar setakat ni.
Dipendekkan cerita, saya dah tak follow up dengan doktor Hamid disebabkan follow up bulan berikutnya dibatalkan due to PKP dan klinik tutup. Selepas habis ubat kuat rahim jenis suntikan tu, saya hanya teruskan ubat kuat rahim Duphaston jenis makan atas nasihat doktor yang berdekatan dengan rumah sebab dia tau kes saya juga. Dia minta teruskan sehingga 12 minggu. Masa kandungan 8 minggu, saya buka buku pink di KK dan tanya berkenaan Duphaston, doktor KK ok je untuk teruskan makan dan alhamdulillah semuanya lancar setakat ni.
Doakan kandungan dan zuriat kami sihat sempurna sifatnya
Menjadi anak yang soleh/solehah.
Doakan 😊
No comments:
Post a Comment