Sunday, 23 December 2018

Two Week Wait (2ww)

Assalamualaikum 😊

Seperti tajuk yang tertera, bermulalah fasa paling seksa sekali nak bagi habis. Macam-macam bermain di fikiran. Berikut adalah catatan saya mengenai apa yang saya rasa sepanjang 2ww ni.

2dpt (IUI Day) 14/12/18  
Pada waktu zohor, saya rasa cramp di perut. Ini saya yakin ovulasi sedang berlaku sebab pernah alami rasa yang sama sewaktu cycle clomid yang pertama dulu. Waktu ni juga saya pergi mandi hadas besar, ada spotting darah sikit dekat pantyliner. Sikit sangat dan normal. Tapi sebab rasa cramp di perut, saya solat dalam keadaan duduk.

1dpIUI 15/12/18  
Tiada yang lain. Saya masih jalan perlahan-lahan hari ni. Kebetulan hari cuti kan. Rehat di rumah.

2dpIUI 16/12/18  
Malam hari ni rasa nak demam. Badan pun rasa macam nak sakit masa demam tapi tak demam. Cuba nak jalan laju sikit tapi rasa pulak denyut belah kanan. Masih jalan perlahan-lahan.

3dpIUI 17/12/18  
Suhu bbt pagi ni tinggi, 37.09 ℃. Tapi bbt chart saya yang sebelum ni memang selalu terjadi peningkatan suhu pada waktu ni so tak pelik sangat rasanya. Rasa macam nak demam lagi dan macam sakit badan, tapi kejap je rasa. Lepas mengadu dekat suami, hilang pulak rasa tu. Mungkin saje nak bermanja 😃. Masih terasa berdenyut sekejap-sekejap di belah kanan kalau jalan laju. Jadi maintain kelajuan. Tapi hari ni dah masuk kerja, peliklah mereka tengok saya jalan begitu. Huhu~
Nak dijadikan cerita malam ni jadi emosi menangis gila-gila sebab suami lewat balik lepas mengkhabarkan berita akan bawa balik ketam masak lemak. Call saya jam 9.30 malam, sampai rumah jam 11.30 malam. Menangis tak terkira menunggu nak ratah ketam. Aduhai harap tak bagi kesan untuk 2ww ni. Huhu~

4dpIUI 18/12/18
Suhu bbt ada menurun sedikit. Petang je rase macam nak sakit badan macam nak demam tu tapi tak seteruk itu cuma tak selesa. Sama macam dua ke tiga hari lepas. Malam ni rasa nipple sakit sikit bila dipicit. Masih rasa berdenyut sekejap-sekejap di kawasan ovari kanan dan kiri. Tak lupa juga breast berdenyut satu tempat belah kiri. Dah mula jalan seperti manusia biasa 😅.

5dpIUI 19/12/18
Em pagi-pagi dah rasa denyut-denyut kanan dan kiri di kawasan ovari. Nipple masih terasa sakit kalau dipicit. Dari pagi ke petang pun ada rasa menyucuk sikit di bahagian uterus. Hmm biasa juga kena macam ni kalau nak datang period. Harap bukan.

6dpIUI  20/12/18
Kepelikan hari ini langsung tiada twinges di uterus. Agaknya lepas mengadu dekat laki ku semalam dia dah malu nak keluar. Kah kah kah. Tapi suhu bbt naik sehingga penampakan triphasic pattern di situ but be realistic, tak taula masih boleh rely on bbt chart lagi ke tak sekarang ni sebab ada kemusykilan ubat Duphaston ni bagi kesan pada suhu. Hmm I don't know. Hanya menunggu, berdoa dan berserah moga ada sinar di hujung terowong yang gelap itu. Oh hari ini ada melakukan aktiviti gila juga, naik ke tingkat 5 bangunan hanya menggunakan tangga! Segan nak cakap dengan bos, terpaksa lah ikut je. Moga tiada apa-apa kesan. Aamiin.  Lagi satu breast ada nyut-nyut lagi belah kiri. Lepas cakap tiada twinges hari ni tiba-tiba waktu petang datang menjengah sekejap di belah ovari kanan. Ape-ape ajelah.

7dpIUI 21/12/18
Pagi ini ada orang tegur period ke?sebab jerawat besor bermata kuning dua biji di kiri dan kanan atas mulut. Elok pulak simetrikal macam tu 😅.Jerawat ni dah naik masa 3dpIUI lagi, 4 biji sekali naik oiii. Cuma yang membesar dengan jayanya 2 biji ni, yang lain dapat dikecutkan. Kalau tak, lagi meriah la muka ni 😅. Oh ya hari ni nipple masih lagi rasa sakit sikit dan ada rasa menyucuk di kawasan ovari kiri. Overall tiada yang lain. Cuma hari ni agak emosi. Berair-air mata menahan kesedihan pada jawapan yang belum pun pasti. Tengah didik hati apa pun keputusannya, Allah Maha Mengetahui.
Image result for 6dpiui positive trigger shot
Hoorayyyy dah settle satu stage penuh seksaan!!!Moga MUMTAZZZ!!😃



No comments:

Post a Comment