Assalamualaikum ttcianzzz 😊😊
Hari yang dinanti telah tiba. Pagi sebelum prosedur rasa tak keruan. Oh bukan pagi tu, semalam tu lagi dah rasa tak keruan sebab perlu tahan kencing 😂. Perkara paling susah nak buat ialah perlu tahan kencing. Huhu~
Enjoy cerita prosedur IUI saya ni 😊😊
14/12/2018, Jumaat
7.30 pagi - Saya sampai di LPPKN. Nurse dah pesan siap-siap pagi ni perlu datang jam 7.30 pagi supaya suami dapat keluarkan air mani untuk proses Sperm Washing. Boleh google untuk tahu lebih lanjut berkenaan proses ini. Sampai je tingkat 6, terus ke kaunter ambil nombor dan kepilkan pada kad. Bagi tahu juga pada nurse hari ni akan buat IUI. Tak lama, nurse akan panggil suami dan disuruh pergi ke tingkat 7 untuk keluarkan air mani. Selepas keluarkan, perlu diberi pada kaunter di tingkat 7, kemudian turun tingkat 6 beritahu yang dah selesai proses tu. Saya pulak disuruh tahan kencing. Kalau tak tahan sangat boleh kencing dulu dan cepat-cepat minum air balik. Saya dah bawa air siap-siap dari rumah. Sampai sana baru minum 600ml air. Maksudnya 7.30 pagi saya dah mula penuhkan bladder.
8.15 pagi - Suami selesai keluarkan apa yang patut, nurse suruh buat bayaran dan pergi makan dulu. Jam 9 pagi baru naik ke tingkat 7. Jadi selesai je buat bayaran, kami ke cafe LPPKN tingkat 2. Habis makan kami terus naik. Tak tunggu jam 9 pun. Saya memang tak makan sebab takut sakit perut lepas makan. Jadi suami je yang makan.
8.45 pagi - Naik ke tingkat 7 di mana prosedur akan dijalankan. Bagi tahu di kaunter akan buat IUI. Tunggu nama dipanggil.
9.10 pagi - Dalam 9.10 minit nama saya dipanggil. Masuk dalam bilik tu, ada banyak katil macam katil hospital disusun dalam wad yang dilindung dengan langsir. Saya ikut je nurse bawa ke katil yang mana. Masa ni ada 2 orang yang buat IUI. Katil kami sebelah-sebelah. Saya disuruh buka seluar dan diberi satu kain. Lepas buka, baring atas katil dan tutup dengan kain tu. Saya pakai jubah masa ni, memang digalakkan pakai skirt/jubah. Masa baring, katil ni dah di buat untuk posisi punggung lebih tinggi dari kepala (lagi buat rasa nak terkencing 😂😂. Orang sebelah saya dulu yang dijalankan prosedur iui ni. Saya perlu tunggu dulu. Masa ni berdebar, mulut terkumat-kamit baca zikir apa je yang terlintas.
9.20 pagi - Saya anggarkan dalam 9.20 pagi doktor ke tempat saya. Doktor menyapa dengan senyuman, masa ni nurse memainkan peranan bagi tahu apa yang doktor akan buat. Mula-mula perlu sahkan nama kita pada bekas spesimen sperm yang akan dimasukkan pada rahim kita nanti. Kemudian spekulum dimasukkan, spekulum plastik rasanya. Masa masuk spekulum ni rasa tak selesa sikit. Sakit pun ada kot tapi takde lah sampai nak berguling. Masa tiub dimasukkan ke rahim tu, tak rasa apa pun. Tau-tau doktor masukkan spesimen sperm dah. Masa nurse cakap sperm akan dimasukkan tu, rasanya nurse cakap lambat sikit. Terasa spesimen tu lalu pada tiub fallopian, sejuk je rasa 😂. Macam buat hsg dulu je pada pandangan saya. Kita boleh rasa ada benda lalu pada tiub. Selesai semua, doktor cakap dengan saya "best of luck" sambil tersenyum. Tenang rasa tapi tak tenang sangat la sebab rasa nak kencing dan perlu tunggu 20 minit lagi. Haha~
9.30 pagi - Lega dah selesai tapi tak berapa lega bladder masih penuh. Berbuih-buih mulut baca zikir untuk distract fikiran supaya boleh tunggu lebih lama tapi akhirnya tewas. Terus panggil nurse cakap tak tahan nak kencing. Nurse ok je suruh bangun. Jadi saya pun pergi melepaskan hajat dengan rasa bersalah. Dah lega pergi ke meja nurse, berkali tanya takpe ke tak baring 20 minit 😂😂. Nurse cakap takpe dah nak terkencing nak buat macam mana. Saya dan suami diberi MC hari tu. Untuk suami saya yang mintak. Nurse pesan suruh bersama malam tu, esok dan lusa untuk tingkatkan peluang kehamilan dan lepas bersama baring dulu 20 minit. Selesai hal IUI, balik lah menuju ke rumah dengan menaiki motor. Jumlah kos perlu dibayar untuk hari ini RM350 khusus untuk IUI. Next hanya berdoa moga Allah beri rezeki anak pada kami.

Ya Allah berjayakanlah IUI kami ini. Aamiin~
Berangan dapat twin sepasang. Aamiin~
No comments:
Post a Comment