Assalamualaikum ttcians,
Alhamdulillah Allah beri kesihatan yg baik untuk bernafas lagi sehingga hari ini.
Semenjak dua menjak ni hati rasa sensitif betul pasal anak π. Sebab nak period kot. Hari ni sepatutnya period. Masih menunggu. Yakin sangat period datang sebab suhu BBT dah turun bawah crossline. Marilah kita menunggu dia muncul dengan penuh sabar. Hoho~
Okay macam yang saya janji sebelum ni, nak cerita lebih detail lagi tentang rawatan yang saya lalui dengan LPPKN pulak. Saya dah buat temujanji dengan LPPKN pada bulan Ogos. Dapat tarikh temujanji pertama pada 25/10/2018. Saya tak kisah menunggu sebab saya nak cuba ikhtiar berurut dulu macam yang MIL suruh. Tapi masih belum sampai rezeki anak kami. InsyaAllah soon!
Pada hari saya call untuk dapatkan tarikh temujanji, nurse LPPKN terus beritahu yang MC tidak akan diberikan. Kalau nak cuti, perlu ambil cuti siap-siap, time slip je boleh diberi. So kalau rasa nak bercuti seharian tu minta cuti awal-awal ye. Bila kita dah setuju dengan semua syarat yang diberitahu, nurse akan interview sedikit perkara-perkara asas seperti nama, umur, no i/c, bila tarikh hari period yang paling latest, tarikh berkahwin dan lain-lain.
Seterusnya perkara-perkara yang perlu kita bawa sewaktu temujanji pertama nanti. Nurse pesan siap-siap jugak. Benda yang wajib banyak ialah kad pengenalan suami isteri, sijil kahwin original dan duit sebanyak RM200. Perlu diingatkan juga suami tidak boleh mengeluarkan air mani 3 ke 5 hari sebelum temujanji supaya masa hari pertama temujanji tu, boleh terus buat ujian sperma.
25/10/2018 (Cycle day 17th)
Hari temujanji pun tiba. Kami bertolak dari rumah jam 7.30 pagi dengan menaiki motor. Jalan sesak so tiada pilihan. Kalau naik kereta, alamatnya sampai jam berapa la. Sampai sana tepat-tepat jam 8 pagi. Kami parking motor di tempat letak motor LPPKN. Kene bayar RM2. Lepas tu terus pergi ke kaunter tingkat bawah depan lif, isi buku lawatan dan tinggalkan lesen di situ, pengawal keselamatan yang bertugas di kaunter tu akan bagi kad pelawat. Untuk rawatan kesuburan, terus naik ke tingkat 6. Keluar je lif nampak pintu masuk. Kami pun terus ke kaunter beritahu nurse yang ini pertama kali dan dah buat temujanji pada hari ini. Nurse minta ambil no atas meja dan tinggalkan kad pengenalan. Ada borang yang kita perlu isi untuk suami dan isteri. Nurse dekat sini semua mesra dan sangat membantu. Sejuk hati nak berurusan. Bila dah lengkap isi borang tu, nurse minta kami duduk dan akan dipanggil. Mula-mula nurse panggil suami untuk ke tingkat 9 kalau tak silap saya. Selepas suami di terangkan apa yang perlu dibuat, suami ke tingkat 9 untuk keluarkan air mani. Tak lama lepas tu saya pulak dipanggil untuk ditemubual sejarah-sejarah yang berkaitan. Kemudian selepas suami selesai keluarkan air mani, nurse panggil dia pulak untuk interview segala sejarah berkaitan. Selesai semua, suami kene ambil darah untuk kenalpasti jenis darah dan STD screening. Saya hanya perlu buat ujian pap smear untuk hari ini. Selepas dipanggil untuk buat bayaran, saya minta time slip dan dapat tarikh temujanji seterusnya iaitu hari ke 2 hingga 5 period. Maksudnya boleh datang mana-mana hari yang kita free sepanjang waktu ni. Jangan terlebih dari hari ke 5 pulak. Nanti kene tunggu next cycle, dah rugi masa. Jumlah yang perlu dibayar hari ini RM 118.
- Daftar RM40
- Semen Analysis RM 25
- Pap Smear RM 20
- STD RM 28
- Blood Group RM 5
07/11/2018 (Cycle day 4th)
Temujanji hari ni hanya untuk ambil darah pada hari ke 2 hinga 5 waktu period. Saya pergi masa hari ke 4. Hari ni ambil masa sekejap je untuk ambil darah. Tak sempat panas punggung lagi nama dah kene panggil hihi. Tapi sepatutnya saya perlu bawak result HSG (apa itu hsg sila la google hehe) sebab temujanji yang lepas, nurse cakap saya tak perlu ulang buat HSG sebab belum sampai 2 tahun dari tarikh last buat HSG. Jadi result tu masih valid, thats why terus fikir tak perlu bawak. Nurse lain pulak cakap yang diorang perlu tengok dulu kerana dikhuatiri perlu ulang semula. Saya pun fikir nak datang petang bawak result tu. Sudahnya malas betul rasa, tambah pulak confident level tinggi tak perlu ulang dah. Hahah yakin je. Seterusnya macam biasa lah ulang je prosedur sama, dapat tarikh next appointment, tunggu nama dipanggil untuk buat bayaran. So jumlah bayaran hari ni RM 73.
- LH RM20
- FSH RM 20
- STD RM 28
- Blood Group RM 5
26/11/2018 (Cycle day 23rd)
Hari ni hari temujanji saya. Sepatutnya ujian progesterone ni perlu diambil hari ke 21 tapi sebab hari ke 21 saya jatuh hari cuti, nurse bagi hari ke 23. Hari ni sama macam last appointment. Ambil darah je. Tapi last time ambil darah jadi lebam dekat tempat cucuk. Hari ni no bruise!Amazing~ Haha..Urat pun tak nampak tau tapi nurse berpengalaman kot jadi tak ada masalah untuk dia. So settle buat bayaran, nurse panggil untuk tentukan tarikh appointment selepas ni. Asalnya saya dapat doktor K. Tapi disebabkan jadual doktor K penuh sampai hujung bulan 12 rasanya, nurse bagi pilihan doktor W. Saya tanya kalau proceed dengan doktor W, akan terus dengan doktor W je atau perlu tukar ke doktor K pulak. Nurse cakap dua-dua boleh. So saya proceed dengan doktor W. Nurse bagi 4 tarikh, suruh pilih mana yang free. Saya pilih 4/12/2018 iaitu minggu depan. Cepat dan pantas kan. Well umur dah 30 series kene cepat πΆπΆ. Huhu..So jumlah bayaran hari ni RM 20 jeee.
- P4 RM20
04/12/2018 (Cycle day 4th)
Hari yang ditunggu telah tibaaa. Kami laki bini tak sabar sangat tunggu hari ni. Merempitlah kami ke LPPKN. Appointment jam 8.00 pagi, sampai jam 8.05 pagi. Oppsss lewat 5 minit tapi masih berlenggang. Ish ish ish~
Sampai je LPPKN, seperti biasa tinggalkan lesen di kaunter depan lif, isi buku pelawat, ambil kad pelawat dan terus naik ke tingkat 6. Di sini, terus ke kaunter cakap dengan nurse appointment jumpa doktor hari ni untuk pertama kali, nurse minta ambil no dan klipkan no tu dekat kad temujanji kita. Hari ni perlu bawak result x-ray hsg tau. Bagi sekali pada nurse di kaunter. Lepas tu tunggu nama dipanggil. Saya menunggu lama juga lebih kurang 1 jam. Siapa suruh datang lambat kan kene la menunggu lama sikit.
Nurse panggil nama kami dalam jam 9 lebih, nurse akan tunjukkan bilik doktor sambil menyuruh kami ketuk pintu bilik doktor dulu sebelum masuk. So buat la ape yang disuruh tu. First impression, doktor menenangkan hati, lembut je. So lega la sikit dekat situ. Dokor pun terangkan semua result kami baik sahaja tiada yang merunsingkan fikiran. Kiranya kami ni tergolong dalam "unexplained infertility". So terus pada pilihan rawatan yang ada, doktor explained untuk rawatan kesuburan ni unfortunately tak banyak pilihan yang ada. Hanya ada 3 pilihan rawatan. Kalau ada tu pun kira bersyukur la kan. Rawatan-rawatan yang diterangkan oleh doktor W seperti di bawah:-
- Timing Intercourse (TI); Pesakit akan diberikan ubat subur seperti clomid, akan ada sesi tvs pada hari yang doktor akan tentukan untuk tengok progress tumbesaran telur, sekiranya ada yang telah mencapai saiz matang, doktor akan suntik ubat pecahkan telur seperti pregnyl dan diberikan jadual untuk bersama dengan suami kepada pesakit. (Dah cuba 2x sebelum decide ke LPPKN. Tak berjaya)
- Intrauterine Insemination (IUI); Pesakit akan diberikan ubat subur juga untuk stimulate hormon bagi tumbesaran telur, akan ada juga sesi tvs bagi melihat tumbesaran telur pada hari yang doktor akan tentukan. Sekiranya telah mencapai saiz matang, doktor akan suntik ubat untuk pecahkan telur. Kemudian doktor akan tentukan waktu untuk buat IUI tersebut. Biasanya lepas suntik ubat pecahkan telur, mungkin esoknya akan proceed to IUI kerana within 36 hours, telur akan pecah. Telur tu yang kita nak temukan dengan sperma untuk proses persenyawaan. Proses IUI yang akan berjalan itu ialah suami perlu mengeluarkan air mani dan ia akan dicuci pada hari tersebut, hanya sperma suami yang gagah je akan dipilih. During that day, sperma-sperma suami yang gagah itu akan dimasukkan ke dalam rahim isteri. Kerana ubat pecah telur tadi, doktor boleh estimate waktu subur kita dan dengan memasukkan sperma suami terus ke dalam rahim, dapat memendekkan perjalanan sperma. So cepat sikit sperma dapat tangkap telur tu dan meningkatkan peluang kehamilan macam dalam gambar dekat bawah ni.
- In-Vitro Fertilization (IVF); This one is more complicated for me to explain and saya tak pernah alami. Jadi sila google untuk penerangan lebih terperinci. π
Jadi berpandukan penerangan doktor, dan memang niat saya sejak TI tak berhasil, kami sepakat nak teruskan dengan IUI. Memandangkan saya sedang period hari ke 4, doktor maklumkan kami boleh terus mulakan rawatan. Suami terus angguk nak mulakan terus. Amboi tak sabo ye π
Doktor W pun terus sediakan jadual makan dan SUNTIK ubat. Bila dengar suntik ni dah berdebar π
Ingatkan boleh elak suntik-suntik sendiri ni tapi kene jugak. Nangis tepi bucu katil. Ubat yang saya akan makan adalah Clomid 100mg dan yang perlu dicucuk adalah Gonal-F 75iu.
Untuk clomid, saya perlu makan selama 5 hari berturut-turut pada waktu yang sama setiap hari bermula pada hari ke 5. Tak boleh cepat tak boleh lewat. Untuk suntikan gonal-f pula, saya perlu suntik hari ke 6, 8 dan 10 pada waktu yang sama juga setiap hari. Cara-cara suntik pun nurse dah ajar, suami pulak yakin dia boleh buat. Jadi kita berserah jela. Moga yang baik-baik Allah kurniakan pada kami kali ini. Selesai semua, nurse bagi tarikh untuk tvs iaitu 12/12/18. Kemudian tunggu nama dipanggil untuk buat pembayaran dan ambil ubat. Jumlah yang perlu dibayar untuk appointment kali ini sebanyak RM 346.
- Consultation RM 10
- Gonal-F 75iu RM 297
- Clomid RM 39
hai sis any new update?
ReplyDelete