Assalamualaikum semua.
Ada ni belum ada rezeki mengandung lagi. Huhu..
Update ikhtiar-ikhtiar yang kami cuba lakukan selama beberapa bulan ini.
BERURUT:~
Saya tak ada niat nak berurut masa ni. Tapi nak dijadikan cerita masa balik kampung, jiran keluarga mertua tanya soalan biasa "dah ada anak ke belum?". Dari situ jiran mula buka cerita katanya anak dia pun senggugut, berurut dengan tokmek ni dengan izin Allah mengandung.Sekarang anak dah 3 orang. Saya pun tak segan silu nak mencuba ditambah pula mertua yang disayangi suruh. Ikhtiar yang mana boleh. Kami pergi, saya sorang je berurut. Tokmek bagi mukaddimah yang panjang. Pantang-pantang makanan macam nenas (benda biasa), benda-benda masam macam jeruk, limau masam, mangga masam dan ais.
Tokmek pun pesan juga bagi peluang 5x berurut dengan dia. Sekiranya dah 5x berurut masih belum ada rezeki, boleh ikhtiar dengan orang lain pulak. Jadinya kami cuba sampai 3x je. Haha..alasan tak larat nak berulang tiap-tiap bulan ke kampung selama 5 bulan. Tokmek ni nak berurut dengan dia kene waktu period. Jadi saya period waktu tengah bulan. Memang sakit nak sampai hujung bulan tu. Jadi buat keputusan cubaan hanya sebanyak 3x jelah.
Diagnosed yang tokmek bagi, rahim sangat cantik dari segi kedudukan dan saiz. Terletak elok. Jadi dia cakap, kadang suami yang masalah. Tapi saya dah buat sperm analysis dan suami kategori normal. Cuma sekali je di homeopathy dia cakap tak ok. Bila fikirkan analysis dari homeopathy ni jadi ragu-ragu.
Secara keseluruhan, berurut dengan tokmek biasa je. Setiap kali urut, dia akan beri 50 biji jamu herba yang berharga RM 30. Kemudian upah berurut ikut suka. Saya bagi total RM50 termasuk jamu. Jamu tu buat saya banyak keluar angin.
Ini tarikh-tarikh yang saya dapatkan rawatan di sana.

Sesi pertama - 23/08/2018
(Baru habis period. Tokmek tak dapat nak cakap apa-apa sangat. Suruh datang masa period)
Sesi kedua- 15/09/18 (Period hari kedua dan heavy, masa ni tokmek cakap kedudukan dan saiz sangat cantik. Dengan izin Allah dapat mengandung kalau suami tak mandul katanye)
Sesi ketiga- 12/10/18 (Period dah tinggal sisa-sisa. Tokmek masih cakap kadang-kadang suami yang tak ok. Tapi kalau cek dah ok, doa banyak-banyak. Waktu menulis ni masih belum period. Expected 04/11/2018. Tengok pada suhu bbt macam tak ada harapan. Apepun serah pada Allah)
LPPKN:~
Antara sebab lain tak nak continue dengan tokmek, saya nak buat rawatan dengan LPPKN pulak. Appointment dah di booked 2 bulan sebelum tarikh appointment. Jadi sayang nak batalkan walaupun ada juga terniat nak batalkan. Lepas fikir banyak kali, berbincang dengan suami dan benefit yang boleh dapat kalau buat rawatan dengan LPPKN ni, kami teruskan. Akan diceritakan lebih detail nanti lepas semua ujian selesai ok.
Doakan doakan doakan. Moga semua yang masih berjuang untuk zuriat berjaya. Aamiin.
No comments:
Post a Comment