Wednesday, 1 August 2018

Rawatan Homeopathy, Pindah Rumah, Buah Zuriat & Madu Cinta Turki ;)

Assalamualaikum all.

Dah lama tak bersiaran. Diri ini sibuk sangat sesibuk tajuk yang tertera tu 😆.

Beberapa bulan sebelum ni agak serabut menguruskan hal-hal proses beli rumah, ubah suai rumah & proses pindah rumah segala tu. Masuk pulak bulan puasa dan hari raya. Memang mengancam beberapa bulan sebelum ni. Semua jadi dengan proses yg cepat. Alhamdulillah Allah mudahkan proses beli rumah kami dan perpindahan berjalan lancar. Allah bagi rezeki rumah dulu. Semua berbeza kan, yg penting jangan lupa syukur pada Allah ya Rahman. Maha Pengasih Maha Penyayang :)

Walaupun dalam waktu yg sama fikir juga untuk usaha TTC dan tak nak putus tapi tak dapat bagi tumpuan penuh. Suami pulak sibuk yg amat dengan kerja, maklumlah PRU 14. Jadi ala kadar jelah usahanya walaupun pergi juga dapatkan rawatan homeopathy ni. Rasanya rawatan ni dah tak boleh nak rumus berkesan atau tak sebab ubat-ubat yg diberi masa second session pun tak habis. Sepatutnya, kalau dah habis ubat ni dan tak dapat conceive juga, doktor nak proceed to additional treatment using electromagnetic device. Tapi kami dah terputus rawatan, fikir juga nak pergi semula ke tak. Ibarat macam kena mula dari awal balik. Maka ber'huhu' jelah kami.

Maka start hujung bulan 7, kami sepakat nak mula balik usaha yg tertangguh dulu sempena World Cup pun dah tamat. Kebetulan ada buah zuriat yg saya dah beli hujung tahun lepas tapi masih dalam simpanan. Saya pun ajak suami cuba yg ini dulu. Tambahan saya tak nak campur antara ubat herba dengan apa-apa ubat rawatan moden. Memang sesuai sangat la masa dia. Cuma saya hanya ada dua biji je buahnya. Dua-dua saya dah habiskan dan kelmarin dah putih je air rebusan dia. Maknanya dah nak kene ganti buah baru la tu, tapi disebabkan dah tak ada maka ber 'huhu' kembali lah kami. Hahaha..

But then suddenly tadi tergerak nak tanya pakcik Google pengalaman-pengalaman orang yg makan buah ni. Ada satu entry ni cerita pasal buah zuriat ni kalau dekat negara Arab sana bukan untuk ikhtiar hamil pun. Mereka cuma amalkan makanan Sunnah seperti buah kurma, habbatus sauda, madu & etc. Pelikkan?Wallahua'lam. Pada saya, semua yg kita amalkan dan usaha untuk hamil ni hanya asbab je. Kalau ada yg hamil lepas amalkan buah ni, semua atas izin dan kuasa Allah. Cuma lepas terbaca entry tu, tertanya pulak apa khasiat buah zuriat ni sebenarnya?? Ada sesiapa boleh tolong jawapkan tak.

Selepas episod-episod yg kami banyak ber'huhu' ni, last but not least, saya amalkan madu cinta Turki. Madu ni campuran herba juga jadi bila makan tu rasa manis dan rasa herba yg kuat. Untuk saya kena telan dengan air kalau tak rasa nak termuntah balik. Saya cuma makan madu ni 30-45 minit sebelum bersama. Seeloknya amalkan hari-hari tapi sebab botolnya kecil je dan RM 60, saya hadkan penggunaan.  Katanya ini yg Carl Samsudin amalkan masa Bell TTC anak kedua mereka, Umar Khalif tu. Jadi atas yg namanya berikhtiar, saya cuba. Untuk saya, tiada perubahan pun tapi untuk suami memang banyak  perubahan. Kena cuba sendiri baru tahu. Hihi. Nak cerita sini censored!

Bagi saya, macam mana kita usaha pun, dengar orang tu cuba ni jadi tapi sampai dekat kita, tak jadi. Itu semua berlaku atas izin Allah. Kurniaan zuriat ni hak mutlak Allah, kalau Allah nak bagi buat sekali pun lekat. Walau kadang-kadang saya ada rasa nak give up, tapi saya cuba sematkan dalam hati, jangan pernah jemu untuk berusaha dalam perjalanan ini. Allah tahu apa  kita rasa, Allah dengar doa-doa hambanya. Moga yg berada dalam situasi macam saya sentiasa kuat dan tak putus asa dalam usaha demi kurniaan yg satu ini. One fine day insyaAllah we will be Ummi, Mak, Ibu, Mama and etc. Aamiin.




4 comments:

  1. Salam Zuhairah, tula lama tak nampak awak update blog.. ingatkan dah ada isi. hehe. by the way, awak tak nak join group whatsapp utk patient dr hamid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..hihi belum lagii..sibuk sgt tu diam skejap..nak update psl ttc pun xde ape..group tu discuss pasal ape eh?sy dah x follow up ke sane..awak ke sane lagi?

      Delete
    2. macam2 dieorg disucss & mcm2 pnyakit ada. suka join group tu sbb dieorg positive. hehe. saya last jumpa bulan 5 haritu, doc bg clomid utk 2 cycle. bukan ni last cycle doc ckp klu takde rezeki lg suruh call klinik semula utk appinmnt. tp maybe saya pun dah tak nak pergi kot since doc ckp sy dah takde masalah. huhu. Maybe nk berehat skjp drp ttc ni. hehe

      Delete
    3. yeke..smoge urusan dipermudahkan utk awak & ade rzki utk cycle ni..doakan utk sy juga..sy pun tengah struggle ttc blk ni..nak try sendiri sebelum ke lppkn kalau still takde rezeki..huhu

      Delete