Tuesday, 11 December 2018

TVS

Assalamualaikum 😊

Hari ni saya ada appointment bersama LPPKN untuk cek tumbesaran telur supaya dapat determine sama ada boleh proceed for IUI ke tak. Alhamdulillah saya ada 2 telur matang dan 1 telur lagi sikit nak matang yang mana 1 telur matang di belah kanan, 1 telur matang dan 1 lagi sikit nak matang di sebelah kiri. So doktor W kata boleh proceed with IUI this Friday 14/12/18. Malam ni perlu suntik ubat Pregnyl 5000iu untuk pecahkan telur yang dah matang tepat jam 8.30 malam. Nurse siap pesan  bancuh ubat awal-awal. Sharp 8.30 terus cucuk. Sendiri okayy. Tapi untuk kali ni lebih tenang sebab dah berpengalaman 3x cucuk Gonal-f 😃. Doktor ada bekalkan Duphaston untuk kuatkan rahim selepas IUI, perlu dimakan 2x sehari pada 8 pagi dan 8 malam bermula pada hari IUI dijalankan. Nurse juga ada bagi tahu doktor yang akan buat IUI saya nanti bukan doktor W tapi doktor H. Moga Allah permudahkan segalanya dan dapat BFP!!!Aamiin.
Jumlah bayaran hari ni ialah RM 162.10.

  • Consultation RM10
  • TVS RM20
  • Duphaston RM86.40
  • Syringe RM0.60
  • Pregnyl RM45.10



Image may contain: cloud


No comments:

Post a Comment