Sunday, 30 December 2018

1 Week Wait (1ww)



Assalamualaikum 😊

Maka dengan ini tinggallah lagi 1 minggu untuk saya lalui. Moga apa jua keputusan yang saya perolehi, saya dapat redha.

8dpIUI 22/12/18
Masih menunggu dengan tabah. Berbagai perkara terlintas di fikiran. Hari ni masih ada sakit nipple. Masih juga rasa twinges di ovari kiri, sekejapan je rasa ni. Tapi sejak akhir-akhir ni naik jerawat besar-besar dan sakit 😒. Rasanya sebab Duphaston yang saya makan tu. Tak tahan rasanya menanggung sakit jerawat besar-besar ni. Haih~

9dpIUI 23/12/18
Cuba buat test pagi ni. BFN!Masih awalkan. Dalam hati berharap esok ada la line walaupun kabur. Hari ni masih sakit nipple.

10dpIUI 24/12/18
Cuba buat test pagi ni jugak. Nan hado line walaupun kabur. Dah rasa sangat down dan gagal walaupun masih awal tapi entahlah. Ya Allah berilah kekuatan pada hambaMu ini. Marah suami sebab asyik cakap bukan-bukan. Huhu. Masih sakit nipple dan pagi ni ada rasa menyucuk lagi di ovari kanan. Tah apela rasa menyucuk ni.

11dpIUI 25/12/18
Cotiiiiii!!!!Bahagianya cuti hari ni. Hari ni diharamkan buat UPT selepas hari-hari yang memberi diri ini stress. Huhu. Perasaan ni Allah je yang tau kan. Orang yang mudah je pregnant tu bersyukurlah. Sobs. Tiada yang berbeza, nipple masih sakit kalau dipicit ke berlaga ke, dan perut dah upgrade rasa macam cramp yang biasa dapat masa nak dekat period. Perasaan masa ni dah pasrah dan berserah walau suami masih optimis dan dimarahnya kita ni sebab macam dah give up. Eh kalau berserah tu give up ke?😐

12dpIUI 26/12/18
Hari ni test lagi. Ya ampunnn kenapa gatal sangat tangan ni 😜. Kalau dah macam ni gayanya mestilah result BFN. Hahahaha. Dah tak kecewa sebab dah boleh kawal emosi. Alhamdulillah pada semua kurniaan Allah. Bukan anak je rezeki yang ada dalam dunia ni kan. Banyak lagi yang Allah beri, yang satu itu juga engkau dok ungkit. Allah ampunkan aku. Biar apa keputusannya, aku tak akan putus asa!Nipple masih sakit dan cramp seperti nak period. Ada tambahan pagi ni rasa sakit pinggang.

13dpIUI 27/12/18
Saya dah terkena badi upt agaknya. Cannot resist tadah air pepagi untuk test 😐. Test masih BFN. Nipple masih sakit kalau disentuh dan ada sakit tambahan kali ni. Kaki terasa sangat lenguh termasuk pinggang. Ada la rasa menyucuk sikit di perut dan emo. Tapi semua ni tanda-tanda nak period. Entahlah. Dah sampai tahap ni rasa dah hilang rasa berharap. Tapi kejap-kejap berharap balik. Itulah manusia 😜. Selagi kebergantungan pada Allah tak salah pun kan.

14dpIUI 28/12/18
Hari yang ditunggu-tunggu tetapi result test masih BFN. Hmm dah letih. Tanda-tanda period semua dah menjengah. Esok baru habis ubat Duphaston. Walau apa pun keputusannya, saya redha. Buat masa sekarang masih berharap.

15dpIUI 29/12/18
Tak rasa apa. Perut dah tak cramp. Nipple macam ado tak ado je rasa sakit tu. Period belum menjengah but dari pemerhatian melalui bbt, rasa dah tiada harapan. Oh hari ni last day makan duphaston.

16dpIUI 30/12/18
Rasa lenguh-lenguh pinggang dan kaki. Breast dah kembali ke keadaan biasa tapi menariknya suhu bbt naik. Suhu paling tinggi pernah ada dalam rekod. Emm macam berharap sikit tapi berdebar takut kecewa lagi.

17dpIUI 31/12/18
Suhu bbt turun. Dah berserah. Dalam hati rasa sedih tapi air mata tak keluar. Mungkin dah redha dan pasrah. Percaya perancangan Allah yang terbaik. Sayang Allah. Dalam perjalanan ke tempat kerja, masih berfikir tentang rezeki anak. Buka radio, ceramah pasal anak. Allahu. Allah banyak sebut tentang harta dan anak. Anak itu boleh jadi saham akhirat atau musibat. Mungkin kami belum layak menimang anak kerana masih banyak kekurangan untuk mendidik anak menjadi hamba yang soleh dan solehah. Allah Maha Tahu. Dah redha. Menunggu je period menjengah. Moga saki baki kekuatan ini dapat mengubat hati dan meneruskan perjuangan. Sayang Allah.











Sunday, 23 December 2018

Two Week Wait (2ww)

Assalamualaikum 😊

Seperti tajuk yang tertera, bermulalah fasa paling seksa sekali nak bagi habis. Macam-macam bermain di fikiran. Berikut adalah catatan saya mengenai apa yang saya rasa sepanjang 2ww ni.

2dpt (IUI Day) 14/12/18  
Pada waktu zohor, saya rasa cramp di perut. Ini saya yakin ovulasi sedang berlaku sebab pernah alami rasa yang sama sewaktu cycle clomid yang pertama dulu. Waktu ni juga saya pergi mandi hadas besar, ada spotting darah sikit dekat pantyliner. Sikit sangat dan normal. Tapi sebab rasa cramp di perut, saya solat dalam keadaan duduk.

1dpIUI 15/12/18  
Tiada yang lain. Saya masih jalan perlahan-lahan hari ni. Kebetulan hari cuti kan. Rehat di rumah.

2dpIUI 16/12/18  
Malam hari ni rasa nak demam. Badan pun rasa macam nak sakit masa demam tapi tak demam. Cuba nak jalan laju sikit tapi rasa pulak denyut belah kanan. Masih jalan perlahan-lahan.

3dpIUI 17/12/18  
Suhu bbt pagi ni tinggi, 37.09 ℃. Tapi bbt chart saya yang sebelum ni memang selalu terjadi peningkatan suhu pada waktu ni so tak pelik sangat rasanya. Rasa macam nak demam lagi dan macam sakit badan, tapi kejap je rasa. Lepas mengadu dekat suami, hilang pulak rasa tu. Mungkin saje nak bermanja πŸ˜ƒ. Masih terasa berdenyut sekejap-sekejap di belah kanan kalau jalan laju. Jadi maintain kelajuan. Tapi hari ni dah masuk kerja, peliklah mereka tengok saya jalan begitu. Huhu~
Nak dijadikan cerita malam ni jadi emosi menangis gila-gila sebab suami lewat balik lepas mengkhabarkan berita akan bawa balik ketam masak lemak. Call saya jam 9.30 malam, sampai rumah jam 11.30 malam. Menangis tak terkira menunggu nak ratah ketam. Aduhai harap tak bagi kesan untuk 2ww ni. Huhu~

4dpIUI 18/12/18
Suhu bbt ada menurun sedikit. Petang je rase macam nak sakit badan macam nak demam tu tapi tak seteruk itu cuma tak selesa. Sama macam dua ke tiga hari lepas. Malam ni rasa nipple sakit sikit bila dipicit. Masih rasa berdenyut sekejap-sekejap di kawasan ovari kanan dan kiri. Tak lupa juga breast berdenyut satu tempat belah kiri. Dah mula jalan seperti manusia biasa πŸ˜….

5dpIUI 19/12/18
Em pagi-pagi dah rasa denyut-denyut kanan dan kiri di kawasan ovari. Nipple masih terasa sakit kalau dipicit. Dari pagi ke petang pun ada rasa menyucuk sikit di bahagian uterus. Hmm biasa juga kena macam ni kalau nak datang period. Harap bukan.

6dpIUI  20/12/18
Kepelikan hari ini langsung tiada twinges di uterus. Agaknya lepas mengadu dekat laki ku semalam dia dah malu nak keluar. Kah kah kah. Tapi suhu bbt naik sehingga penampakan triphasic pattern di situ but be realistic, tak taula masih boleh rely on bbt chart lagi ke tak sekarang ni sebab ada kemusykilan ubat Duphaston ni bagi kesan pada suhu. Hmm I don't know. Hanya menunggu, berdoa dan berserah moga ada sinar di hujung terowong yang gelap itu. Oh hari ini ada melakukan aktiviti gila juga, naik ke tingkat 5 bangunan hanya menggunakan tangga! Segan nak cakap dengan bos, terpaksa lah ikut je. Moga tiada apa-apa kesan. Aamiin.  Lagi satu breast ada nyut-nyut lagi belah kiri. Lepas cakap tiada twinges hari ni tiba-tiba waktu petang datang menjengah sekejap di belah ovari kanan. Ape-ape ajelah.

7dpIUI 21/12/18
Pagi ini ada orang tegur period ke?sebab jerawat besor bermata kuning dua biji di kiri dan kanan atas mulut. Elok pulak simetrikal macam tu πŸ˜….Jerawat ni dah naik masa 3dpIUI lagi, 4 biji sekali naik oiii. Cuma yang membesar dengan jayanya 2 biji ni, yang lain dapat dikecutkan. Kalau tak, lagi meriah la muka ni πŸ˜…. Oh ya hari ni nipple masih lagi rasa sakit sikit dan ada rasa menyucuk di kawasan ovari kiri. Overall tiada yang lain. Cuma hari ni agak emosi. Berair-air mata menahan kesedihan pada jawapan yang belum pun pasti. Tengah didik hati apa pun keputusannya, Allah Maha Mengetahui.
Image result for 6dpiui positive trigger shot
Hoorayyyy dah settle satu stage penuh seksaan!!!Moga MUMTAZZZ!!πŸ˜ƒ



Prosedur IUI di LPPKN

Assalamualaikum ttcianzzz 😊😊

Hari yang dinanti telah tiba. Pagi sebelum prosedur rasa tak keruan. Oh bukan pagi tu, semalam tu lagi dah rasa tak keruan sebab perlu tahan kencing πŸ˜‚. Perkara paling susah nak buat ialah perlu tahan kencing. Huhu~

Enjoy cerita prosedur IUI saya ni 😊😊

14/12/2018, Jumaat

7.30 pagi - Saya sampai di LPPKN. Nurse dah pesan siap-siap pagi ni perlu datang jam 7.30 pagi supaya suami dapat keluarkan air mani untuk proses Sperm Washing. Boleh google untuk tahu lebih lanjut berkenaan proses ini. Sampai je tingkat 6, terus ke kaunter ambil nombor dan kepilkan pada kad. Bagi tahu juga pada nurse hari ni akan buat IUI. Tak lama, nurse akan panggil suami dan disuruh pergi ke tingkat 7 untuk keluarkan air mani. Selepas keluarkan, perlu diberi pada kaunter di tingkat 7, kemudian turun tingkat 6 beritahu yang dah selesai proses tu. Saya pulak disuruh tahan kencing. Kalau tak tahan sangat boleh kencing dulu dan cepat-cepat minum air balik. Saya dah bawa air siap-siap dari rumah. Sampai sana baru minum 600ml air. Maksudnya 7.30 pagi saya dah mula penuhkan bladder.

8.15 pagi - Suami selesai keluarkan apa yang patut, nurse suruh buat bayaran dan pergi makan dulu. Jam 9 pagi baru naik ke tingkat 7. Jadi selesai je buat bayaran, kami ke cafe LPPKN tingkat 2. Habis makan kami terus naik. Tak tunggu jam 9 pun. Saya memang tak makan sebab takut sakit perut lepas makan. Jadi suami je yang makan. 

8.45 pagi - Naik ke tingkat 7 di mana prosedur akan dijalankan. Bagi tahu di kaunter akan buat IUI. Tunggu nama dipanggil. 

9.10 pagi - Dalam 9.10 minit nama saya dipanggil. Masuk dalam bilik tu, ada banyak katil macam katil hospital disusun dalam wad yang dilindung dengan langsir. Saya ikut je nurse bawa ke katil yang mana.  Masa ni ada 2 orang yang buat IUI. Katil kami sebelah-sebelah. Saya disuruh buka seluar dan diberi satu kain. Lepas buka, baring atas katil dan tutup dengan kain tu. Saya pakai jubah masa ni, memang digalakkan pakai skirt/jubah. Masa baring, katil ni dah di buat untuk posisi punggung lebih tinggi dari kepala (lagi buat rasa nak terkencing   πŸ˜‚πŸ˜‚. Orang sebelah saya dulu yang dijalankan prosedur iui ni. Saya perlu tunggu dulu. Masa ni berdebar, mulut terkumat-kamit baca zikir apa je yang terlintas. 

9.20 pagi - Saya anggarkan dalam 9.20 pagi doktor ke tempat saya. Doktor menyapa dengan senyuman, masa ni nurse memainkan peranan bagi tahu apa yang doktor akan buat. Mula-mula perlu sahkan nama kita pada bekas spesimen sperm yang akan dimasukkan pada rahim kita nanti. Kemudian spekulum dimasukkan, spekulum plastik rasanya. Masa masuk spekulum ni rasa tak selesa sikit. Sakit pun ada kot tapi takde lah sampai nak berguling. Masa tiub dimasukkan ke rahim tu, tak rasa apa pun. Tau-tau doktor masukkan spesimen sperm dah. Masa nurse cakap sperm akan dimasukkan tu, rasanya nurse cakap lambat sikit. Terasa spesimen tu lalu pada tiub fallopian, sejuk je rasa πŸ˜‚. Macam buat hsg dulu je pada pandangan saya. Kita boleh rasa ada benda lalu pada tiub. Selesai semua, doktor cakap dengan saya "best of luck" sambil tersenyum. Tenang rasa tapi tak tenang sangat la sebab rasa nak kencing dan perlu tunggu 20 minit lagi. Haha~

9.30 pagi - Lega dah selesai tapi tak berapa lega bladder masih penuh. Berbuih-buih mulut baca zikir untuk distract fikiran supaya boleh tunggu lebih lama tapi akhirnya tewas. Terus panggil nurse cakap tak tahan nak kencing. Nurse ok je suruh bangun. Jadi saya pun pergi melepaskan hajat dengan rasa bersalah. Dah lega pergi ke meja nurse, berkali tanya takpe ke tak baring 20 minit πŸ˜‚πŸ˜‚. Nurse cakap takpe dah nak terkencing nak buat macam mana. Saya dan suami diberi MC hari tu. Untuk suami saya yang mintak. Nurse pesan suruh bersama malam tu, esok dan lusa untuk tingkatkan peluang kehamilan dan lepas bersama baring dulu 20 minit. Selesai hal IUI, balik lah menuju ke rumah dengan menaiki motor. Jumlah kos perlu dibayar untuk hari ini RM350 khusus untuk IUI. Next hanya berdoa moga Allah beri rezeki anak pada kami. 

Image result for twin babies
Ya Allah berjayakanlah IUI kami ini. Aamiin~
Berangan dapat twin sepasang. Aamiin~



Tuesday, 11 December 2018

TVS

Assalamualaikum 😊

Hari ni saya ada appointment bersama LPPKN untuk cek tumbesaran telur supaya dapat determine sama ada boleh proceed for IUI ke tak. Alhamdulillah saya ada 2 telur matang dan 1 telur lagi sikit nak matang yang mana 1 telur matang di belah kanan, 1 telur matang dan 1 lagi sikit nak matang di sebelah kiri. So doktor W kata boleh proceed with IUI this Friday 14/12/18. Malam ni perlu suntik ubat Pregnyl 5000iu untuk pecahkan telur yang dah matang tepat jam 8.30 malam. Nurse siap pesan  bancuh ubat awal-awal. Sharp 8.30 terus cucuk. Sendiri okayy. Tapi untuk kali ni lebih tenang sebab dah berpengalaman 3x cucuk Gonal-f πŸ˜ƒ. Doktor ada bekalkan Duphaston untuk kuatkan rahim selepas IUI, perlu dimakan 2x sehari pada 8 pagi dan 8 malam bermula pada hari IUI dijalankan. Nurse juga ada bagi tahu doktor yang akan buat IUI saya nanti bukan doktor W tapi doktor H. Moga Allah permudahkan segalanya dan dapat BFP!!!Aamiin.
Jumlah bayaran hari ni ialah RM 162.10.

  • Consultation RM10
  • TVS RM20
  • Duphaston RM86.40
  • Syringe RM0.60
  • Pregnyl RM45.10



Image may contain: cloud


Tuesday, 4 December 2018

IUI #1 with LPPKN~

Assalamualaikum ttcians,

Alhamdulillah Allah beri kesihatan yg baik untuk bernafas lagi sehingga hari ini.

Semenjak dua menjak ni hati rasa sensitif betul pasal anak 😭. Sebab nak period kot. Hari ni sepatutnya period. Masih menunggu. Yakin sangat period datang sebab suhu BBT dah turun bawah crossline. Marilah kita menunggu dia muncul dengan penuh sabar. Hoho~

Okay macam yang saya janji sebelum ni, nak cerita lebih detail lagi tentang rawatan yang saya lalui dengan LPPKN pulak. Saya dah buat temujanji dengan LPPKN pada bulan Ogos. Dapat tarikh temujanji pertama pada 25/10/2018. Saya tak kisah menunggu sebab saya nak cuba ikhtiar berurut dulu macam yang MIL suruh. Tapi masih belum sampai rezeki anak kami. InsyaAllah soon!

Pada hari saya call untuk dapatkan tarikh temujanji, nurse LPPKN terus beritahu yang MC tidak akan diberikan. Kalau nak cuti, perlu ambil cuti siap-siap, time slip je boleh diberi. So kalau rasa nak bercuti seharian tu minta cuti awal-awal ye. Bila kita dah setuju dengan semua syarat yang diberitahu, nurse akan interview sedikit perkara-perkara asas seperti nama, umur, no i/c, bila tarikh hari period yang paling latest, tarikh berkahwin dan lain-lain. 

Seterusnya perkara-perkara yang perlu kita bawa sewaktu temujanji pertama nanti. Nurse pesan siap-siap jugak. Benda yang wajib banyak ialah kad pengenalan suami isteri, sijil kahwin original dan duit sebanyak RM200. Perlu diingatkan juga suami tidak boleh mengeluarkan air mani 3 ke 5 hari sebelum temujanji supaya masa hari pertama temujanji tu, boleh terus buat ujian sperma. 

25/10/2018 (Cycle day 17th)
Hari temujanji pun tiba. Kami bertolak dari rumah jam 7.30 pagi dengan menaiki motor. Jalan sesak so tiada pilihan. Kalau naik kereta, alamatnya sampai jam berapa la. Sampai sana tepat-tepat jam 8 pagi. Kami parking motor di tempat letak motor LPPKN. Kene bayar RM2. Lepas tu terus pergi ke kaunter tingkat bawah depan lif, isi buku lawatan dan tinggalkan lesen di situ, pengawal keselamatan yang bertugas di kaunter tu akan bagi kad pelawat. Untuk rawatan kesuburan, terus naik ke tingkat 6. Keluar je lif nampak pintu masuk. Kami pun terus ke kaunter beritahu nurse yang ini pertama kali dan dah buat temujanji pada hari ini. Nurse minta ambil no atas meja dan tinggalkan kad pengenalan. Ada borang yang kita perlu isi untuk suami dan isteri. Nurse dekat sini semua mesra dan sangat membantu. Sejuk hati nak berurusan. Bila dah lengkap isi borang tu, nurse minta kami duduk dan akan dipanggil. Mula-mula nurse panggil suami untuk ke tingkat 9 kalau tak silap saya. Selepas suami di terangkan apa yang perlu dibuat, suami ke tingkat 9 untuk keluarkan air mani. Tak lama lepas tu saya pulak dipanggil untuk ditemubual sejarah-sejarah yang berkaitan. Kemudian selepas suami selesai keluarkan air mani, nurse panggil dia pulak untuk interview segala sejarah berkaitan. Selesai semua, suami kene ambil darah untuk kenalpasti jenis darah dan STD screening. Saya hanya perlu buat ujian pap smear untuk hari ini. Selepas dipanggil untuk buat bayaran, saya minta time slip dan dapat tarikh temujanji seterusnya iaitu hari ke 2 hingga 5 period. Maksudnya boleh datang mana-mana hari yang kita free sepanjang waktu ni. Jangan terlebih dari hari ke 5 pulak. Nanti kene tunggu next cycle, dah rugi masa. Jumlah yang perlu dibayar hari ini RM 118.
  • Daftar RM40
  • Semen Analysis RM 25
  • Pap Smear RM 20
  • STD RM 28
  • Blood Group RM 5
07/11/2018 (Cycle day 4th) 
Temujanji hari ni hanya untuk ambil darah pada hari ke 2 hinga 5 waktu period. Saya pergi masa hari ke 4. Hari ni ambil masa sekejap je untuk ambil darah. Tak sempat panas punggung lagi nama dah kene panggil hihi. Tapi sepatutnya saya perlu bawak result HSG (apa itu hsg sila la google hehe) sebab temujanji yang lepas, nurse cakap saya tak perlu ulang buat HSG sebab belum sampai 2 tahun dari tarikh last buat HSG.  Jadi result tu masih valid, thats why terus fikir tak perlu bawak. Nurse lain pulak cakap yang diorang perlu tengok dulu kerana dikhuatiri perlu ulang semula. Saya pun fikir nak datang petang bawak result tu. Sudahnya malas betul rasa, tambah pulak confident level tinggi tak perlu ulang dah. Hahah yakin je. Seterusnya macam biasa lah ulang je prosedur sama, dapat tarikh next appointment, tunggu nama dipanggil untuk buat bayaran. So jumlah bayaran hari ni RM 73.
  • LH RM20
  • FSH RM 20
  • STD RM 28
  • Blood Group RM 5
26/11/2018 (Cycle day 23rd)
Hari ni hari temujanji saya. Sepatutnya ujian progesterone ni perlu diambil hari ke 21 tapi sebab hari ke 21 saya jatuh hari cuti, nurse bagi hari ke 23. Hari ni sama macam last appointment. Ambil darah je. Tapi last time ambil darah jadi lebam dekat tempat cucuk. Hari ni no bruise!Amazing~ Haha..Urat pun tak nampak tau tapi nurse berpengalaman kot jadi tak ada masalah untuk dia. So settle buat bayaran, nurse panggil untuk tentukan tarikh appointment selepas ni. Asalnya saya dapat doktor K. Tapi disebabkan jadual doktor K penuh sampai hujung bulan 12 rasanya, nurse bagi pilihan doktor W. Saya tanya kalau proceed dengan doktor W, akan terus dengan doktor W je atau perlu tukar ke doktor K pulak. Nurse cakap dua-dua boleh. So saya proceed dengan doktor W. Nurse bagi 4 tarikh, suruh pilih mana yang free. Saya pilih 4/12/2018 iaitu minggu depan. Cepat dan pantas kan. Well umur dah 30 series kene cepat 😢😢. Huhu..So jumlah bayaran hari ni RM 20 jeee.
  • P4 RM20
04/12/2018 (Cycle day 4th)
Hari yang ditunggu telah tibaaa. Kami laki bini tak sabar sangat tunggu hari ni. Merempitlah kami ke LPPKN. Appointment jam 8.00 pagi, sampai jam 8.05 pagi. Oppsss lewat 5 minit tapi masih berlenggang. Ish ish ish~
Sampai je LPPKN, seperti biasa tinggalkan lesen di kaunter depan lif, isi buku pelawat, ambil kad pelawat dan terus naik ke tingkat 6. Di sini, terus ke kaunter cakap dengan nurse appointment jumpa doktor hari ni untuk pertama kali, nurse minta ambil no dan klipkan no tu dekat kad temujanji kita. Hari ni perlu bawak result x-ray hsg tau. Bagi sekali pada nurse di kaunter. Lepas tu tunggu nama dipanggil. Saya menunggu lama juga lebih kurang 1 jam. Siapa suruh datang lambat kan kene la menunggu lama sikit. 
Nurse panggil nama kami dalam jam 9 lebih, nurse akan tunjukkan bilik doktor sambil menyuruh kami ketuk pintu bilik doktor dulu sebelum masuk. So buat la ape yang disuruh tu. First impression, doktor menenangkan hati, lembut je. So lega la sikit dekat situ. Dokor pun terangkan semua result kami baik sahaja tiada yang merunsingkan fikiran. Kiranya kami ni tergolong dalam "unexplained infertility". So terus pada pilihan rawatan yang ada, doktor explained untuk rawatan kesuburan ni unfortunately tak banyak pilihan yang ada. Hanya ada 3 pilihan rawatan. Kalau ada tu pun kira bersyukur la kan. Rawatan-rawatan yang diterangkan oleh doktor W seperti di bawah:-

  • Timing Intercourse (TI); Pesakit akan diberikan ubat subur seperti clomid, akan ada sesi tvs pada hari yang doktor akan tentukan untuk tengok progress tumbesaran telur, sekiranya ada yang telah mencapai saiz matang, doktor akan suntik ubat pecahkan telur seperti pregnyl dan diberikan jadual untuk bersama dengan suami kepada pesakit. (Dah cuba 2x sebelum decide ke LPPKN. Tak berjaya)
  • Intrauterine Insemination (IUI); Pesakit akan diberikan ubat subur juga untuk stimulate hormon bagi tumbesaran telur, akan ada juga sesi tvs bagi melihat tumbesaran telur pada hari yang doktor akan tentukan. Sekiranya telah mencapai saiz matang, doktor akan suntik ubat untuk pecahkan telur. Kemudian doktor akan tentukan waktu untuk buat IUI tersebut. Biasanya lepas suntik ubat pecahkan telur, mungkin esoknya akan proceed to IUI kerana within 36 hours, telur akan pecah. Telur tu yang kita nak temukan dengan sperma untuk proses persenyawaan. Proses IUI yang akan berjalan itu ialah suami perlu mengeluarkan air mani dan ia akan dicuci pada hari tersebut, hanya sperma suami yang gagah je akan dipilih. During that day, sperma-sperma suami yang gagah itu akan dimasukkan ke dalam rahim isteri. Kerana ubat pecah telur tadi, doktor boleh estimate waktu subur kita dan dengan memasukkan sperma suami terus ke dalam rahim, dapat memendekkan perjalanan sperma. So cepat sikit sperma dapat tangkap telur tu dan meningkatkan peluang kehamilan macam dalam gambar dekat bawah ni. 

  • In-Vitro Fertilization (IVF); This one is more complicated for me to explain and saya tak pernah alami. Jadi sila google untuk penerangan lebih terperinci. πŸ˜‚
Jadi berpandukan penerangan doktor, dan memang niat saya sejak TI tak berhasil, kami sepakat nak teruskan dengan IUI. Memandangkan saya sedang period hari ke 4, doktor maklumkan kami boleh terus mulakan rawatan. Suami terus angguk nak mulakan terus. Amboi tak sabo ye πŸ˜‚
Doktor W pun terus sediakan jadual makan dan SUNTIK ubat. Bila dengar suntik ni dah berdebar πŸ˜“
Ingatkan boleh elak suntik-suntik sendiri ni tapi kene jugak. Nangis tepi bucu katil. Ubat yang saya akan makan adalah Clomid 100mg dan yang perlu dicucuk adalah Gonal-F 75iu
Untuk clomid, saya perlu makan selama 5 hari berturut-turut pada waktu yang sama setiap hari bermula pada hari ke 5. Tak boleh cepat tak boleh lewat. Untuk suntikan gonal-f pula, saya perlu suntik hari ke 6, 8 dan 10 pada waktu yang sama juga setiap hari. Cara-cara suntik pun nurse dah ajar, suami pulak yakin dia boleh buat. Jadi kita berserah jela. Moga yang baik-baik Allah kurniakan pada kami kali ini. Selesai semua, nurse bagi tarikh untuk tvs iaitu 12/12/18. Kemudian tunggu nama dipanggil untuk buat pembayaran dan ambil ubat. Jumlah yang perlu dibayar untuk appointment kali ini sebanyak RM 346.
  • Consultation RM 10
  • Gonal-F 75iu RM 297
  • Clomid RM 39
Itulah perjalanan saya setakat ini dengan LPPKN. Doakan saya dan suami dapat mengharunginya dan dimudahkan perjalanan ini. Semoga Allah kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata penenang hati buat kami. Allahumma aamiin.