Ecewah bajet2 macam ramai sangat yg nak baca posting kita ni ye ;P
So merujuk pada tajuk post kali ni, pada kita this is the most exciting part in ttc journey. Since kita dah berkahwin selama 1 tahun 5 bulan, dan dah lama nak buat basic fertility check, alhamdulillah Allah permudahkan proses ni walaupun asyik terfikir duit oh duit. Huhu.
First thing, kenapa kita pilih klinik ni? Sebab siapa tak kenal Dr. Hamid?Gynae yg masyhur di Malaysia. Alasan yang menguatkan kita pilih klinik ni sebab yang jalankan prosedur ni pembantu perempuan dan in my case Dr. pun perempuan which is Dr. Aimi dannnn paling penting tak perlu tunggu lamaaaa untuk dapatkan rawatan macam Klinik Pakar Wanita Medina tu. Fiuuuhh lap2 peluh di dahi. Kita book for appointment dekat 2 bulan jugak baru dapat. But that's ok sebab nak prepare juga dari segi kewangan.
Tunggu punya tunggu tarikh keramat tu pun sampai iaitu pada 09 Oktober 2017. Kita and husband bangun seawal 5.30 pagi bersiap2 nak ke sana. Kalau lambat, habis lambat juga la sebab turn based on first come first serve ye. Sampai sana ambil masa 30 minit juga dari rumah, tapi disebabkan jammed, bertolak pukul 6.30 pagi tapi sampai pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah waktu kami sampai, klinik tak buka lagi. Pukul 8 baru dibuka yang mana biasanya pintu klinik dibuka seawal 7.30 pagi ok. Ape lagi cepat2 kita letak i/c kita & husband. Ikut turn, kita dapat no 3. Nak jadi cerita lagi, doc & staffs sampai 8.30. Whatttt??Kata klinik buka 8 pagi!!Haha nak marah tapi sabar jela. Takkan nak meroyan dekat situ ye dak?
Then long story short, tak lama lepas tu nama kita kene panggil, kita isi borang2 yang dia bagi dan tak lama lepas tu nama kita kene panggil lagi untuk buat transvaginal ultrasound (tvs). Lepas buat, terus jumpa Dr. Aimi yang sweet lagi baik tu.
Keputusan TVS kita adalah rahim kita dalam kedudukan yang dipanggil retroverted uterus, which explained why its hard for me to conceive walaupun Dr. tak cakap itu penyebabnya kerana orang yang ada kedudukan rahim sebegini boleh mengandung macam biasa. Dan kita tak terkejut pun dengan berita ni sebab dah didedahkan dengan kes macam ni sejak dah berkahwin ni. Ramai kawan2 yang ada rahim sebegini. Penyebabnya?Dr. kata ni memang dari lahir kedudukannya sebegitu. Erti kata lain, genetik. Mungkin kita mewarisi kedudukan rahim sebegini dari tok kita sebab dia pun lambat mengandung tapi anak 10 orang ok. (Nak sedapkan hati..huhu)

Gambaran mudah untuk semua faham kedudukan retroverted uterus.
Masalah lain pulak dinding rahim kita tebal.FYI, kita buat check up ni waktu CD15. Yang ni rasa blur & menyesal sungguh tak tanya banyak2. Macam hadap je apa Dr. tu bagi tau tanpa bertanya lebih lanjut. Lepas tu menyesal. Haha..But Dr. prescribe kita dengan Norcolut. Katanya, kalau kita lekat bulan ni, ubat ni akan kuatkan rahim, dan kalau period, dia akan bagi keluar habis. Hasil perbincangan dengan mak kita, mungkin kita ni ada masalah hormon jugak. Terlebih hormon ape agaknya?Next appointment kene tanya betul2!!Huhu..
Next step husband pulak kene buat sperm test. Air mani hendaklah dikeluarkan waktu tu jugak. Jangan risau, bilik khas disediakan 😜😜 dan keputusannya?Alhamdulillah husband normal. Jadi kami akan berusaha lebih lagi lepas ni. Bila dah tau apa masalah, boleh la kita fikir nak tackle macam mana kan??
So tarikh untuk next appointment belum ada lagi sebab Dr. suruh tunggu next period untuk buat HSG test. Test ni dibuat untuk mengenal pasti sama ada kita punya tiub fallopian ada blockage atau tidak. Ia akan dibuat pada CD9/CD10/CD11. Jadinya tunggulah kita ye. Moga tak sempat buat dah pregnant. Allahumma Aamiin 😃😃
Ini kos rawatan untuk 1st Appointment:-
- Consultation Fee - RM 80
- TVS - RM 60
- Sperm Test - RM 80
- Medication Norcolut - RM 20
- Medication Asid Folic - RM 15
Jadi total bayaran ialah RM 255. Setiap orang tak sama tau kos rawatannya sebab ubat-ubatan & rawatan bergantung pada masalah korang. Untuk kita, ini butirannya. Harap boleh bantu TTCians di luar sana 😊.
Dalam hati ni, Subhanallah mensyukuri Allah pilih kita untuk hadapi ujian ni supaya kita lebih menghargai pemberianNya nanti. Di luar sana yang mudah untuk dapat zuriat, sayangilah dan didiklah anak2 dengan sebaik mungkin untuk sayangkan Allah, sayangkan Rasulullah dan sayangkan Islam. Moga semua anak2 dapat menjadi anak2 yang soleh dan solehah. InsyaAllah untuk kita & TTCians yang lain, teruskan usaha sehingga berjaya. Moga kita terus bersabar menempuh ujian ini. InsyaAllah!
No comments:
Post a Comment