Assalamualaikum semua.
Lama tak menjengah blog, seiring dengan usaha TTC yang terhenti seketika dek kerana situasi kewangan dan masa yang tak mengizinkan. Ikutkan taknak tangguh lagi usaha TTC ni sebab umur dah makin banyak T_T tapi kalau nak teruskan pun perlukan duit yang berkepuk-kepuk juga. Jadi kami banyak cuba naturally sekarang ni. Belum rezeki kami lagi setakat ni. Cuma nak update apa yang dah dicuba semenjak dua menjak ni. Ada siap dah beli produk scammer lagi. Huhuhuhu~
Produk-produknya seperti berikut:-
a) Preggy Love
b) Habbatussauda
c) Buah Tin
Dalam semua yang tersenarai tu mesti semua tau mana satu produk scammer kan. Huhuhu maka dengan itu tertipulah saya. Produk "a" tulah. Elok lepas saya beli 2 botol masa promosi, keluar pulak kenyataan yang pengasas produk ni bukan doktor tapi jururawat je. Walaupun ramai yang berjaya, itu mungkin rezeki Allah atas usaha hambanya kan. Tapi disebabkan produk ni tiada kelulusan KKM, saya berhenti makan. Jadi takut nak teruskan. Duduklah dia tersadai di dalam almari. Mahal pulak tu. Haish sabo jelah~
Habbatussauda ni dicadangkan oleh mak saya sebabnya dia cerita kawan dia dulu lama nak pregnant, dengan izin Allah, habbatussauda ni asbab kawan dia boleh pregnant. Dulu agak keberatan nak cuba sebab orang cakap habbatussauda ni panas, kalau lekat takut gugur. Tapi sekarang sebab dah buntu, saya cuba je. Saya mula makan sebulan sebelum puasa tapi bila dah mula puasa, saya berhenti makan sebab kurang minum air kan, nanti sakit lain pulak yang datang. Buah tin ni pun sama kesnya dengan habbatussauda, mak saya juga cadangkan sebab dia dengar ceramah seorang ustaz ni, katanya buah tin elok untuk kesuburan. Jadi dengan besemangat waja, mak saya pergi beli di kedai arab. Makanlah saya setiap hari 3 biji. Saya memang suka buah tin jadi tak ada masalah nak makan. Tapi buah tin ni da habis, tak berkesempatan nak tambah stok. Terhenti begitu saja 😓
Begitulah usaha yang berlangsung setelah IUI #1 yang tak berjaya hari tu. Amalan supplement lain-lain tu macam biasalah asid folik cuma saya tambahkan coQ10 tapi masih belum rezeki kami. Disebabkan umur dah semakin meningkat, rasa desperately nak pregnant, mula la baca artikel pasal laparoscopy ni tambahan pula saya ada RU. Walaupun tiada jumpa apa-apa setakat 3 doktor dah jumpa untuk rawatan ni, bila baca macam-macam, rasa nak buat laparoscopy ni. Untuk mencari punca kenapa saya di diagnosed dengan unexplained infertility ni. Nak sangat tau punca 😢. Kalau dah buat tetapi memang tak ada masalah, betullah belum masanya lagi. Allah lebih tahu.
So saya masih berfikir, adakah saya perlu cuba untuk IUI #2 atau buat laparoscopy dulu? Ada pengalaman yang sesiapa nak kongsi?

No comments:
Post a Comment