Assalamualaikum 😊
Seperti yang tertera pada tajuk di atas, semua dah menggambarkan apa yang ingin saya tulis. Cubaan kedua masih gagal. Kesedihan menyelubungi hati walaupun period masih belum tiba. Dijangka akan datang hari ni. Sejauh mana usaha dan pengharapan, kalau Allah belum mahu beri, tiada yang akan terjadi. Kalau jadi pun semua atas kuasa Allah. Jadi sebagai orang Islam, kena REDHA.
Susulan perjalanan ttc kali ni, saya ada merujuk tentang masalah saya ke klinik yang lain iaitu Klinik Pakar Wanita Asyfa di Semenyih. Sanggup bertapak ke sana untuk berjumpa dengan Doktor Ernie yang sangat2 senang melayan pertanyaan2 saya tanpa rasa lelah dan jemu. Banyak ilmu yang saya dapat.
Seperti yang semua dah tahu, masalah saya hanyalah retroverted uterus yang mana Doktor Ernie beritahu itu bukan masalah pun untuk pregnant. Dia pun ada dan kedudukan rahim dia lagi senget. Ada rasa ketenangan di situ. Doktor pun beritahu sesiapa yang ada kedudukan rahim macam ni selalunya akan ada senggugut dan bukan endometriosis. Saya pun ada bertanya mungkinkah saya termasuk golongan yang berpenyakit endo ni. Waktu doktor buat TVS, doktor tunjuk rahim saya tak melekat macam pesakit endo (sambil jolok tarik jolok tarik alat TVS tu). Lega lagi di situ. Result HSG pun doktor semak dan semuanya normal. Makanya first appointment dengan Doktor Ernie, saya minta ambil darah pada CD 21 untuk cek sama ada saya boleh ovulate sendiri atau tak. Keputusannya normal.
Lepas ujian tu, doktor minta makan Clomid juga untuk naikkan peluang pregnant. Mula je period, saya makan pada hari ke 2 hingga 7. Waktu CD 12, datang klinik untuk scan telur. Alhamdulillah, 1 biji telur cantik kiri, 4 biji telur cantik kanan. CANTIK sangat ok. Rasa nak nangis tengok. Huhu..
Jadi doktor tanya nak cucuk tak, saya blur kenapa kene cucuk. Saya minta pendapat doktor, katanya elok cucuk sebab tau bila telur akan pecah. Jadi saya cucuk HCG untuk pecahkan SEMUA telur. Doktor suruh bersama suami malam cucuk, esoknya dan lusa. Tapi suami ada tournament bola malam tu, jadi esoknya, lusa dan tulat baru kami bersama. Tapi masih belum ada rezeki juga.
Sebenarnya hari saya dijangka ovulate, suami tak beri kerjasama. Bersama pun lewat. Menangis malam tu bila suami lewat balik rumah. Tapi kalau Allah kata "Kunfayakun", buat sekali pun jadi kan? Jadi mungkin memang belum rezeki kami.
Selain usaha jumpa doktor, banyak lagi saya usaha kali ni antaranya:-
* Makan pisang, kiwi dan telur sebiji hari2
* Banyakkan makan sup
* Sentiasa berstokin walaupun tidur
* Makan multivitamins, acid folic, fish oil dan CoQ10
* Makan nenas 1 slice setiap hari dari 1 DPO - 5 DPO
Semua tips di atas saya google dari orang2 yang telah berjaya. Jadi usaha macam mana pun, semua atas kuasa Allah. Saya redha. Perancangan untuk cycle seterusnya, mungkin buat cara yang sama lagi. Ini last cycle saya cuba makan clomid dengan harapan ada rezeki kami. Aamiin ya Rabb.
Total cost untuk lawatan doktor di klinik ni seperti di bawah:-
First Appointment (08 January 2018)
TVS, CD21 Blood Test & Consultation = RM 160
Second Appointment (26 January 2018)
TVS & HCG Shot = RM 115
Doakan saya terus kuat dalam berusaha.
No comments:
Post a Comment