Monday, 30 October 2017

Ujian HSG di KPJ Tawakkal & Temujanji Kedua Dengan Klinik Dr. Hamid Arshat

Assalamualaikum 😊,

Alhamdulillah today is the day of my hsg test. It went well syukur ya Allah.
Lega sangat sebab baca pengalaman mostly sakit tapi untuk kita tak sakit macam yang digembar gemburkan. FYI, kita tak dapat ubat tahan sakit & antibiotik sebab awal2 dah cakap dekat doc nak buat dekat KPJ Tawakkal sebab doc perempuan. Jika buat dekat Daya X-ray Centre seperti yg di suggest oleh doc, kita akan dapat ubat complete BUT doc lelaki. Kita tak rela πŸ˜….  Since buat dekat KPJ Tawakkal, ubat tahan sakit cari sendiri πŸ˜‚πŸ˜‚. Antibiotik pun tak ade. Lupe sungguh nak mintak dekat doc tadi. Tapi since no heavy bleeding or any pain, kita rumuskan tak ade ape2. Aamiin.

Ok in details pasal hsg ni, pepagi  menapak dah ke hospital, register dulu then tunggu doc berkenaan datang. Kita dapat Dr. Fatimah Yakin. Sebelum tu kene buat appointment siap2 ok & dapatkan referral letter dari klinik. 1st day period, terus call untuk buat appointment. Biasa hsg test akan dibuat pada CD9,CD10 @ CD11. Hari ini CD9 untuk kita. Appointment pukul 9.30 tapi nama kene panggil pukul 10. Awat la doc suka betul datang lambat. Hishh. So masuk je x-ray room, kene tukar baju. Buka seluar & seluar dalam je, baju tak payah. Lepas tu kene baring atas katil yg disediakan, sementara tunggu doc, nurse akan bagi briefing berkenaan prodedur yg akan dijalankan & tanya soalan2 basic macam period hari keberapa, apa diagnosed doc di klinik Dr. Hamid, ada allergic ubat ke tak & etc.  Next, tunggu radiographer ambil gambar x-ray sebelum kita mula hsg. Tak lama lepas tu Dr. Fatimah Yakin masuk, dia beramah mesra sikit2 lepas tu mula buat persediaan untuk jalankan hsg. Mase ni banyakkan berselawat, ingat ini jihad untuk dapatkan zuriat, biarlah kalau sakit pun. Itu je yg kita dok fikir. Alhamdulillah semua berjalan lancar, sakit tak ade cuma sikit ketidakselesaan di situ. Yelah, dekat bawah kene usik sikit sebanyak ade rasa tak selesa jugak but overall, no pain. Selesai semua, doc suruh tunggu 30 minit untuk ambil next gambar x-ray, then DONE! Lega!!Yg paling lega, tiub kedua belah normal dan tidak tersumbat. Nothing abnormal. Syukur ya Allah!

After dapat report, terus pecut ke klinik pulak. Jumpa Dr. Aimi dan dia advise kerapkan bersama suami selang sehari sebab lepas buat hsg, normally mudah untuk conceive secara normal. Tapi untuk langkah berjaga-jaga, doc prescribed me Clomid 50mg untuk dimakan sekiranya tak berhasil untuk conceive this cycle. InsyaAllah, doakan kita tergolong dalam orang2 yg bertuah berjaya conceive lepas hsg! Aamiin ya Rabb.

Jadi ini kos rawatan untuk 2nd Appointment:-

a) HSG test - RM259.50
b) Clomid - RM 45

Jumlah kos rawatan semuanya RM 304.50. πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ
Demi mendapatkan zuriat, sanggup berkorban. Isk isk isk. Moga Allah permudahkan perjalanan kami & ttcians semua. Allahumma Aamiin




10 comments:

  1. Hi sis Zuhairah. Mcmmana on clomid ok ke? Dr tak suggest buat iui ye? Saya pun patient dr hamid jgk. Baru je buat hsg last week n dr suggest iui next cycle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear. Kite dalam 2ww sekarang ni dengan clomid. Harapnya berjaya lah. Incase takde rezeki, doc ade cakap proceed to iui. Doc terus suggest buat IUI dekat awak ye?

      Delete
    2. saya pun harini start on clomid,.Doc cakap terpulang nak buat IUI terus atau try naturally dulu. tengah berfikir2 jugak nk buat iui terus atau try naturally dulu. hehe. Saya doakan sis berjaya :)

      Delete
    3. insyaAllah same2 kite doakan berjaya okeyy!!harapnye ade rezki kite same2 =)

      Delete
  2. Hai sis.. nak tanya.. referral letter tu mcm mna ye? Dr klinik Dr hamid..saya pon di klinik Dr hamid..surat yg ada tulis DAYA X-Ray centre tu ke? πŸ€—

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sis tak perasan comment ni..klu ade tulis daya xray center tu pn same..itu terus buat ke daya..tapi sebab sy request ke hospital tawakal, dia buat surat utk ke sane.

      Delete
    2. saya pun sama case cam sis. call kpj tawakkal, diorg x mau referral letter yang ada DAYA X-Ray tu. kena mintak klinik dr hamid buat new referral letter baru blh set appointment dgn kpj tawakkal.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. hai sis, kita boleh req ek buat kat KPJ? ingatkan tak boleh.. so mana2 kpj pun boleh ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh dear..just mintak surat refer dari klinik diorang..

      Delete