Wednesday, 17 May 2017

Intro ;)

Assalamualaikum 😊

Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi cerita sama-sama dengan kawan-kawan yang sedang berTTC macam saya. Selalu baca blog orang. Macam-macam yang rakan-rakan senasib dah lalui. Jadi saya pun nak join kongsi pengalaman yang baru nak bermula ni sama-sama. Moga ada rezeki anak untuk kita semua. Aamiin.

So untuk intro diri ini, sy baru 1 tahun 18 hari berkahwin dan dah berumur 30 tahun ni. Ada yang akan cakap awal lagi untuk rasa insecure tapi dalam sedar dan tak sedar, semua orang yang melalui bende yang sama akan rasa, nak pulak saya dah masuk 30 series 😓. Saya lebih terasa bila adik pada suami (adik ipar) yang berkahwin 1 bulan selepas kami terus dapat rezeki untuk pregnant. Masa tu memang rasa sedih. Bukan sebab dengki dia dah pregnant, tapi biasa lah mesti ada terdetik dalam hati kenapa aku tak pregnant lagi. Awal-awal tak rasa sangat sebab rasa adelah rezeki untuk kami nanti. Tapi setahun menunggu dah mula cuak, isteri adik ipar yang kahwin lewat sebulan tu pun dah bersalin. Orang sekeliling dah mula bunyi-bunyi especially mertua & kak-kak ipar. SEDIH rasa. Family saya alhamdulillah sangat memahami, takde tekanan langsung malah dapat sokongan je. 

Orang kata nak tau kesuburan seseorang, tengok jumlah anak dalam family kan? Belah kami suami isteri, dua-dua ramai. Adik beradik suami 11 orang & adik beradik saya 6 orang. Tapi entahlah. Takdir Allah nak uji kami kan. Nak pulak adik beradik suami & saya yang dah berkahwin semua pregnant terus. Dulu saya pun tak terfikir akan diuji lambat dapat anak. Ingat lepas kahwin boleh terus dapat, hihi ingat senang nak dapat?! Tak pe Allah uji sebab Allah sayang. At least saya dapat memahami perasaan orang yang sedang berTTC. Pengalaman yg bukan semua orang boleh rasa & alami kesedihan tu. InsyaAllah akan datang rezeki Allah pada waktu yang tepat!!Jangan putus asa sayang!! 

Dalam usaha berTTC ni, saya dah try OPK waktu awal perkahwinan. Tapi yang peliknya, semua test result OPK tu -ve. Semua test result saya dalam cycle hanya C-line yang pekat, then ada 1/2 hari dalam cycle tu dapat test result C-line pekat, T-line kabur. Dalam instruction tu, kalau C-line pekat & T-line kabur, still -ve kan. Bila saya tanya penjual, dia kata waktu subur saya adalah test result C-line pekat, T-line kabur. Masih dikira +ve bila tengok strips saya yang lain. So, a bit confused there. Tapi yang saya perasan, waktu dapat test result C-line pekat & T-line kabur, perut ada sikit rasa sakit macam cramp kot. Salah 1 tanda ovulasi kan?Entahlah. Dah cuba body dance dengan suami waktu tu, tapi masih tak ada rezeki. Ade sesiape yang dapat test result macam saya & dah check up dengan Gynae tak? Sebab saya pernah terbaca pasal anovulation. Period tetapi tak berovulasi. Period saya memang tak ade problem. Normal cycle je. Hmm 😓

Saya pun pernah try berurut di kampung suami. Tapi tak konsisten sebab bila balik kampung, baru berurut. Sebenarnya bukan berurut khas untuk pregnant, tapi 1 badan. Cuma tukang urut ni boleh juga tengok kedudukan rahim kita. Tak tahu nak percaya ke tak kemahiran tu tapi layankan aje. Tukang urut pertama kata peranakan saya terletak elok & normal. Tapi adik ipar saya yang nurse tu cakap tak boleh percaya sangat. Tapi hasil dari kedua-dua tukang urut ni, dapat 1 kesimpulan yang sama. Saya ni ada MEDU/GASTRIK yang kuat. Orang Kelantan panggil medu. Sebab saya berurut dekat kampung suami, baru belajar-belajar bahasa Kelantan ni memandangkan saya dari KL ðŸ˜Š. 

So ape kene mengena medu dengan susah nak pregnant eh? Entahlah. Asalnya pergi ke tukang urut yang kedua tu sebab nak pulihkan senggugut (walaupun sebenarnya senggugut saya tak adelah sampai tak boleh bangun tu, boleh tahan tanpa makan ubat tapi suami beria suruh pergi berurut sebab senggugut salah 1 punca tak boleh pregnant 😶) tapi tukang urut kedua cakap kene hilangkan medu dulu baru boleh proceed untuk hilangkan senggugut. Dia cakap kene berurut at least 3 kali berturut & dia bagi 2 botol air yang di baca ayat-ayat al-Quran. So cuti raya puasa bulan 6 ni, kalau masih tak ade rezeki anak lagi, saya nak try dengan tukang urut yang kedua ni. 

Untuk rawatan hospital, saya belum buat check up lagi. Problem utama, cost untuk check up tu takut tak boleh afford. Saya plan nak pergi Pusrawi & consult dengan Dr. Natasha Ain. Tapi saya try search sesiapa yang pernah buat rawatan di sana, tak jumpa. So niat tu terbantut dulu, sambil-sambil kumpul duit, saya try rawatan alternatif dulu, mana tau berhasil kan.

Tapi buat masa sekarang, saya consume vitamin-vitamin yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan kita & berBBT (body basal temperature, cara ni boleh kesan bila kita berovulasi). Saya baca ni dari e-book Dr. Natasha Ain juga. E-book ni free je. Vitamin yang kita perlukan bagi wanita-wanita yang berTTC ni banyak juga. Antaranya macam senarai di bawah ni:-

a) Asid Folik
b) Multivitamin
c) Fish Oil Omega 3 (1000-2000 mg per day)
d) Coenzyme Q10 (ambil yang ubiquinol, 100-300 mg per day)

Semua vitamin + vitamin C 1000 mg ni saya sedang consume dengan suami kecuali coenzyme Q10 sebab belum berkesempatan nak cari. Saya baru consume nak dekat 2 bulan. Harapnya menjadi. Semalam baru terbaca pasal tablet Speman Himalaya untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Nak try cari tablet ni juga nanti. 

Doakan usaha kami ni berjaya ye!!Moga Allah mudahkan usaha kita & makbulkan doa kita semua!!Aamiin. 

No comments:

Post a Comment