Akhirnya setelah berfikir, berbincang, buat research sikit dan bertanya pada orang yang sepatutnya, kami suami isteri sepakat nak meneruskan rawatan kesuburan ni dengan laparoscopy.
Alkisahnya, disebabkan saya dah pernah ada rekod rawatan (tetapi rupanya setelah klinik bertukar di TDMC, rekod rawatan tu dah tiada dan perlu buat prosedur yang sama macam 1st appointment di YJN dulu) dengan Klinik Dr. Hamid dan hasil pembacaan, saya macam dah boleh agak prosedur rawatan yang akan disyorkan pada saya lepas ni, jadi saya dengan yakinnya pergi buat appointment balik dengan dia di TDMC semata-mata untuk dapatkan appointment untuk laparoscopy ni.
Saya dapat appointment pada 7 Ogos 2019, turn untuk jumpa doktor ikut siapa yang datang awal so kami cuba datang seawal mungkin. Kami sampai dalam pukul 8 pagi di TDMC, masa tu macam dah ramai juga orang. Kami perlu letak kad pengenalan di kaunter untuk ambil turn. Tak lama lepas letak kad pengenalan, nurse akan panggil dan diberi borang dan file merah untuk kita isi sendiri butiran kita dan suami. Kemudian semua dokumen tu dipulankan semula. Tak lama lepas tu nurse akan panggil untuk sesi IV sejarah rawatan kita. Semua ni tak tunggu lama untuk settle, yang lama tunggu turn untuk TVS. Lepas TVS tak lama untuk nurse panggil jumpa Dr. Hamid. Dekat TDMC memang jumpa Dr. Hamid sendiri ya.
Doktor pun explained disebabkan kami berdua tiada masalah, berkahwin dah agak lama dan faktor umur, rawatan yang dah dicuba pun tiada yang berjaya, doktor sarankan untuk buat pembedahan laparoscopy. Memang seperti yang di agak dan memang tujuan saya pergi jumpa Dr. Hamid semula untuk itu juga. Kami pun setuju. Dr. Hamid minta jumpa staff dia untuk buat appointment tapi disebabkan staff yang handle bahagian appointment ni cuti sakit, kami perlu ke Klinik Dr. Hamid di Bukit Damansara untuk buat appointment ni. Selesai semua urusan, kami dapat tarikh 26 September 2019 untuk pembedahan ini nanti di Hospital Pantai. Ada dua tempat boleh lakukan pembedahan ni sebenarnya. Lagi satu di TDMC sendiri tapi disebabkan insurans yang saya guna tak cover TDMC, saya hanya ada pilihan di Hospital Pantai sahaja. Ikutkan cepat juga tarikh yang kami dapat tu.
Itulah usaha kami buat masa ni. Doakan kemudahan dan kejayaan dalam pembedahan ini dan tiada apa yang serius dijumpai. Semoga usaha dengan pembedahan ini membuahkan hasil yang baik buat kami dalam proses menimang cahaya mata kami ♥️.