Sunday, 8 April 2018

Rawatan Alternatif TTC (Homeopathy)

Assalamualaikum all.

Latest update untuk ikhtiar yang saya buat dalam ttc ni ialah rawatan homeopathy. Macam yang saya terangkan di previous post kan. Mula-mula rasa macam dah putus harap nak buat apa-apa rawatan, tapi sebab mak saya pun galakkan, kita tak tau asbab mana yang akan berjaya kan. So kuatkan hati dan teruskan usaha. Pusat rawatan yang saya pergi namanya Hashimee Homeopathy yang terletak di Kg Pandan. 

Saya mula pergi sana pada 15/3/2018. Cara diagnosis penyakit adalah dengan menggunakan beberapa helaian rambut yang kita dah potong. Syaratnya rambut yang dipotong tu hanya kita yang pegang, letak dalam tisu atau kertas dan balut. Nanti senang sampai klinik bagi je gulungan tisu yang ada rambut tu. Rawatan pertama saya dan suami, diagnosis untuk saya; tiub kiri tersumbat 12% dan hormon semua bagus tak ada masalah lain dah; diagnosis untuk suami; sperm banyak tapi kurang berkualiti. Awalnya perawat tu tak tau pun suami merokok ke tak, tiba2 je dia tanya lepas dah tengok kualiti sperm. Jadi antara penyebab sperm tak berkualiti adalah ROKOK. Hmm berbuih mulut suruh suami berhenti. 

Semalam saya dah pergi lagi untuk buat rawatan kedua. Masih belum ada berita gembira. Cuma perawat cakap bagi peluang untuk rawatan ni selama 6 kitaran. Ikut mood lah nak stay dengan rawatan ni selama 6 kali ke tak. Memandangkan tempat ni dekat dengan rumah sewa sekarang, saya ambil keputusan untuk cuba lagi rawatan ni. Kalau dah pindah Bukit Jalil nanti, tak tahu lah. Diagnosis untuk rawatan semalam, tiub kiri hanya tersumbat 2% je lagi. Suami ada peningkatan. Jadi kami cuba jelah. Moga ada rezeki kami. 

Ubat homeopathy ni jenis bulat kecik halus warna putih dan rasa macam gula-gula. Perawat akan bagi 3 botol kecik yang ditanda A, B dan C. Kene makan ikut turutan huruf, kalau botol A dah habis, masuk ke botol B dan seterusnya. Rawatan pertama hanya dapat botol kecik-kecik yang bertanda huruf je. Rawatan kedua ni perawat ada bagi tonik untuk kami berdua. Tonik ni ubat dia rasa sama juga macam gula-gula cuma besar sikit. Harap rawatan kedua akan membuahkan hasil. InsyaALLAH aamiin. 

Kos rawatan pertama; RM 110
Kos rawatan kedua; RM 160

Doakan saya dan suami berjaya kali ni. #ygberharap