Monday, 30 October 2017

Ujian HSG di KPJ Tawakkal & Temujanji Kedua Dengan Klinik Dr. Hamid Arshat

Assalamualaikum 😊,

Alhamdulillah today is the day of my hsg test. It went well syukur ya Allah.
Lega sangat sebab baca pengalaman mostly sakit tapi untuk kita tak sakit macam yang digembar gemburkan. FYI, kita tak dapat ubat tahan sakit & antibiotik sebab awal2 dah cakap dekat doc nak buat dekat KPJ Tawakkal sebab doc perempuan. Jika buat dekat Daya X-ray Centre seperti yg di suggest oleh doc, kita akan dapat ubat complete BUT doc lelaki. Kita tak rela πŸ˜….  Since buat dekat KPJ Tawakkal, ubat tahan sakit cari sendiri πŸ˜‚πŸ˜‚. Antibiotik pun tak ade. Lupe sungguh nak mintak dekat doc tadi. Tapi since no heavy bleeding or any pain, kita rumuskan tak ade ape2. Aamiin.

Ok in details pasal hsg ni, pepagi  menapak dah ke hospital, register dulu then tunggu doc berkenaan datang. Kita dapat Dr. Fatimah Yakin. Sebelum tu kene buat appointment siap2 ok & dapatkan referral letter dari klinik. 1st day period, terus call untuk buat appointment. Biasa hsg test akan dibuat pada CD9,CD10 @ CD11. Hari ini CD9 untuk kita. Appointment pukul 9.30 tapi nama kene panggil pukul 10. Awat la doc suka betul datang lambat. Hishh. So masuk je x-ray room, kene tukar baju. Buka seluar & seluar dalam je, baju tak payah. Lepas tu kene baring atas katil yg disediakan, sementara tunggu doc, nurse akan bagi briefing berkenaan prodedur yg akan dijalankan & tanya soalan2 basic macam period hari keberapa, apa diagnosed doc di klinik Dr. Hamid, ada allergic ubat ke tak & etc.  Next, tunggu radiographer ambil gambar x-ray sebelum kita mula hsg. Tak lama lepas tu Dr. Fatimah Yakin masuk, dia beramah mesra sikit2 lepas tu mula buat persediaan untuk jalankan hsg. Mase ni banyakkan berselawat, ingat ini jihad untuk dapatkan zuriat, biarlah kalau sakit pun. Itu je yg kita dok fikir. Alhamdulillah semua berjalan lancar, sakit tak ade cuma sikit ketidakselesaan di situ. Yelah, dekat bawah kene usik sikit sebanyak ade rasa tak selesa jugak but overall, no pain. Selesai semua, doc suruh tunggu 30 minit untuk ambil next gambar x-ray, then DONE! Lega!!Yg paling lega, tiub kedua belah normal dan tidak tersumbat. Nothing abnormal. Syukur ya Allah!

After dapat report, terus pecut ke klinik pulak. Jumpa Dr. Aimi dan dia advise kerapkan bersama suami selang sehari sebab lepas buat hsg, normally mudah untuk conceive secara normal. Tapi untuk langkah berjaga-jaga, doc prescribed me Clomid 50mg untuk dimakan sekiranya tak berhasil untuk conceive this cycle. InsyaAllah, doakan kita tergolong dalam orang2 yg bertuah berjaya conceive lepas hsg! Aamiin ya Rabb.

Jadi ini kos rawatan untuk 2nd Appointment:-

a) HSG test - RM259.50
b) Clomid - RM 45

Jumlah kos rawatan semuanya RM 304.50. πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ
Demi mendapatkan zuriat, sanggup berkorban. Isk isk isk. Moga Allah permudahkan perjalanan kami & ttcians semua. Allahumma Aamiin




Tuesday, 10 October 2017

Pengalaman Temujanji Pertama Dengan Klinik Dr. Hamid Arshat

Salam semua pembaca 😊
Ecewah bajet2 macam ramai sangat yg nak baca posting kita ni ye ;P

So merujuk pada tajuk post kali ni, pada kita this is the most exciting part in ttc journey. Since kita dah berkahwin selama 1 tahun 5 bulan, dan dah lama nak buat basic fertility check, alhamdulillah Allah permudahkan proses ni walaupun asyik terfikir duit oh duit. Huhu.

First thing, kenapa kita pilih klinik ni? Sebab siapa tak kenal Dr. Hamid?Gynae yg masyhur di Malaysia. Alasan yang menguatkan kita pilih klinik ni sebab yang jalankan prosedur ni pembantu perempuan dan in my case Dr. pun perempuan which is Dr. Aimi dannnn paling penting tak perlu tunggu lamaaaa untuk dapatkan rawatan macam Klinik Pakar Wanita Medina tu. Fiuuuhh lap2 peluh di dahi. Kita book for appointment dekat 2 bulan jugak baru dapat. But that's ok sebab nak prepare juga dari segi kewangan. 

Tunggu punya tunggu tarikh keramat tu pun sampai iaitu pada 09 Oktober 2017. Kita and husband bangun seawal 5.30 pagi bersiap2 nak ke sana. Kalau lambat, habis lambat juga la sebab turn based on first come first serve ye. Sampai sana ambil masa 30 minit juga dari rumah, tapi disebabkan jammed, bertolak pukul 6.30 pagi tapi sampai pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah waktu kami sampai, klinik tak buka lagi. Pukul 8 baru dibuka yang mana biasanya pintu klinik dibuka seawal 7.30 pagi ok. Ape lagi cepat2 kita letak i/c kita & husband. Ikut turn, kita dapat no 3. Nak jadi cerita lagi, doc & staffs sampai 8.30. Whatttt??Kata klinik buka 8 pagi!!Haha nak marah tapi sabar jela. Takkan nak meroyan dekat situ ye dak?

Then long story short, tak lama lepas tu nama kita kene panggil, kita isi borang2 yang dia bagi dan tak lama lepas tu nama kita kene panggil lagi untuk buat transvaginal ultrasound (tvs). Lepas buat, terus jumpa Dr. Aimi yang sweet lagi baik tu. 

Keputusan TVS kita adalah rahim kita dalam kedudukan yang dipanggil retroverted uterus, which explained why its hard for me to conceive walaupun Dr. tak cakap itu penyebabnya kerana orang yang ada kedudukan rahim sebegini boleh mengandung macam biasa. Dan kita tak terkejut pun dengan berita ni sebab dah didedahkan dengan kes macam ni sejak dah berkahwin ni. Ramai kawan2 yang ada rahim sebegini. Penyebabnya?Dr. kata ni memang dari lahir kedudukannya sebegitu. Erti kata lain, genetik. Mungkin kita mewarisi kedudukan rahim sebegini dari tok kita sebab dia pun lambat mengandung tapi anak 10 orang ok. (Nak sedapkan hati..huhu)

Image result for retroverted uterus
Gambaran mudah untuk semua faham kedudukan retroverted uterus.

Masalah lain pulak dinding rahim kita tebal.FYI, kita buat check up ni waktu CD15. Yang ni rasa blur & menyesal sungguh tak tanya banyak2. Macam hadap je apa Dr. tu bagi tau tanpa bertanya lebih lanjut. Lepas tu menyesal. Haha..But Dr. prescribe kita dengan Norcolut. Katanya, kalau kita lekat bulan ni, ubat ni akan kuatkan rahim, dan kalau period, dia akan bagi keluar habis. Hasil perbincangan dengan mak kita, mungkin kita ni ada masalah hormon jugak. Terlebih hormon ape agaknya?Next appointment kene tanya betul2!!Huhu..

Next step husband pulak kene buat sperm test. Air mani hendaklah dikeluarkan waktu tu jugak. Jangan risau, bilik khas disediakan 😜😜 dan keputusannya?Alhamdulillah husband normal. Jadi kami akan berusaha lebih lagi lepas ni. Bila dah tau apa masalah, boleh la kita fikir nak tackle macam mana kan??

So tarikh untuk next appointment belum ada lagi sebab Dr. suruh tunggu next period untuk buat HSG test. Test ni dibuat untuk mengenal pasti sama ada kita punya tiub fallopian ada blockage atau tidak. Ia akan dibuat pada CD9/CD10/CD11. Jadinya tunggulah kita ye. Moga tak sempat buat dah pregnant. Allahumma Aamiin πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Ini kos rawatan untuk 1st Appointment:-
  • Consultation Fee - RM 80
  • TVS - RM 60
  • Sperm Test - RM 80
  • Medication Norcolut - RM 20
  • Medication Asid Folic - RM 15
Jadi total bayaran ialah RM 255. Setiap orang tak sama tau kos rawatannya sebab ubat-ubatan & rawatan bergantung pada masalah korang. Untuk kita, ini butirannya. Harap boleh bantu TTCians di luar sana 😊.

Dalam hati ni, Subhanallah mensyukuri Allah pilih kita untuk hadapi ujian ni supaya kita lebih menghargai pemberianNya nanti. Di luar sana yang mudah untuk dapat zuriat, sayangilah dan didiklah anak2 dengan sebaik mungkin untuk sayangkan Allah, sayangkan Rasulullah dan sayangkan Islam. Moga semua anak2 dapat menjadi anak2 yang soleh dan solehah. InsyaAllah untuk kita & TTCians yang lain, teruskan usaha sehingga berjaya. Moga kita terus bersabar menempuh ujian ini. InsyaAllah!