Sunday, 23 July 2017

OPK's, Sperman & Shatavari

Salam 😊

Lama sudah tidak ku menulis di sini. Hehe..

Well nak share penggunaan OPK (ovulation predictor kit). Sebelum ni dah pernah guna dalam beberapa cycle tapi tak pernah dapat waktu subur. Dalam hati dah cuak sebab ingat diri sendiri bermasalah. Nak jumpa gynae takut duit tak berapa mencukupi. Sudahnya dibiarkan aje. One day kita terjumpa cara penggunaan OPK yang betul!!!!Ya Allah patut la tak pernah dapat positif OPK langsung, rupanya nak guna OPK kena puasa air selama 2-3 jam!!!Bayangkan orang yang kita beli OPK dari dia tu tak bagi tau langsung point penting tu. Hanya bagi tau waktu test je 😩. Selama beberapa bulan kita dah bazirkan waktu!!!Huaaaaa..

Lepas tu kita buat keputusan nak cuba OPK brand lain pulak dari Deaifa Marketing. Syok sangat guna sebab dahla tebal, senang nak tengok result dia. Dah 2 cycle kita cuba guna dan 2-2 kita dapat jumpa waktu subur. Alhamdulillah. Seronok sangat tengok dia timbul 2 line!!!Rasa macam dapat 2 line utk UPT pulak. Hihihi.. 

Dan cycle ni rasa seronok sangat sebab kita berjaya jumpe egg white yang mana lepas kahwin ni punye la susah nak jumpe!Dan dan dan lagi kita berjumpa dengan ovulation pain jugaaaa..Rasa cycle ni sangat seronok tapi tak berapa nak seronok sebab suami demam..SOBS..Tak berapa nak berbody dance lah jawapnya. Tapi kita letakkan kepercayaan pada ALLAH. Jika dah tertulis rezeki kita kali ni, ALLAH akan bagi. Kun fa ya kun. 

Feedback untuk shatavari, rasanya macam bila makan shatavari perubahan yang kita rasa ialah egg white & ovulation pain?Sebabnya sebelum ni jarang jumpa dengan mereka berdua ni. Speman tak boleh nak cakap lagi, sebab suami makan tak disiplin. Hish!Tapi untuk pasangan yang tengah berTTC, cubalah makan 2 herbs ni, insyaAllah ada rezeki memang menjadi. 😊

Sekarang tengah dalam fasa 2 weeks wait (2ww) dengan harapan berjaya conceive cycle kali ni. Aamiin ya Rabb. 

Monday, 3 July 2017

Bilakah rezeki anak itu akan tiba?

Eid Mubarak!! Alhamdulillah dipanjangkan umur menamatkan Ramadhan kali ini sehingga dapat menyambut 1 Syawal 1483H bersama ibu bapa & adik beradik tersayang.

Tapi ada berita tak berapa nak gembira juga. I am now at CD 26 DPO 11. Rasa macam tak ada tanda2 pregnancy. Tanda2 period adelah. Alahai sedih. Berapa kali buat UPT tapi result -ve. Sape suruh ye dak gatal sangat nak buat padahal tanda2 period dah mai.

 Tapi bahagia juga bulan ni sebab dapat jumpa OPK +ve at CD 14!!! Gembira sangat2 macam dah pregnant pulak!!haha..sebab sebelum ni tak pernah dapat +ve oleh kerana cara penggunaan yang tak betul..kite tak puase air selama 3-4 jam.. Ingatkan diri ini tak ovulate..Punyela risau..Selamat jumpe jugak..Tapi percubaan pertama tak berjaya..Jadinya memang berharap percubaan kedua berjaya..Berbekalkan Shatavari & Sperman..Memang niat nak bagi peluang selama 3 cycle untuk OPK, Shatavari & Sperman..Kalau tak berjaya, ke O&G lah kite..

Semalam pulak suami cakap lagi "semua yang kawin lepas kite dah dapat anak" sambil belek2 gambar anak2 kawan dalam instagram. Habis kite balas " abang jugak cakap rezeki masing2 berlainan". Siape yang tak sedih kan. I know deep inside his heart, memang sedih. Tapi kite lagi la sedih. Hmm..

Ya Allah, berilah kami rezeki anak yang soleh & solehah. Sobs. Allah knows the best.