![]() |
Inilah rupa Speman 😊 |
![]() |
Ini pulak Shatavari 😊 |
Assalamualaikum 😊
Sepanjang berTTC ni, hati asyik berbolak-balik nak pergi cek doktor ke tak?aiyooo. Alkisahnye dah terjebak dengan 1 group berTTC ni, ada yg boleh conceive natural dengan supplement. Jadinye rasa macam nak try dulu supplement ni. Lagi pulak sekarang tengah bulan puasa, nak pergi cek tu takut kacau follow up dengan doktor sebab akan datang ade cuti Raya & so on. Jadinye nak postponed dulu rawatan bersama doktor ni.
So ape ke jenis nama supplement ni??Ia adalah seperti dalam tajuk tu " Shatavari & Speman" dari Himalaya. Ade pengalaman kawan seangkatan, hanya 1st cycle try makan supplement ni, berjaya lekat dengan kuasa Allah!!Subhanallah!! Jadi lepas dengar, berusaha lah pergi ke outlet Himalaya mencari supplement yang namanya Shatavari & Speman.
Shatavari ni untuk para isteri. Tujuannya untuk mematangkan ovum kita. Elok diambil waktu 1st day period sehingga ovulasi. Bila dah ovulasi kene stop. Dari pembacaan kita, kene stop sebab takut lekat. Waktu pregnant tak dibenarkan ambil shatavari ni. That's why lepas ovulate, kene stop pengambilan. So sekarang kita dah CD6 bermaksud dah 6 hari consume shatavari ni.
Speman ni pulak untuk para suami. Boleh diambil bersama-sama waktu isteri ambil shatavari. Maksunya, kita dah start makan shatavari masa CD1, so suami pun ikut sekali makan speman. Kalau nak ambil awal, boleh juga rasanya. Cuma takut para isteri penat melayan suami berBD lah nanti. Kui kui kui.. Speman ni untuk memekatkan air mani & menambah sperma. Kita masih tak tau kualiti sperma suami, tapi untuk ikhtiar, makan jela. Usaha bersama.
Untuk makluman, kita beli shatavari dekat booth Himalaya di Wangsa Walk. Harga tak ingat tapi tak lebih RM50. Untuk speman pulak, dekat booth tak ade stok, jadi kita beli online yang boleh dipercayai. Nama kakak yang jual ni NORKAMARIAH HARIS, boleh search di FB. Memang dia jual original dari farmasi. Untuk speman, RM 50 exclude postage. Kalau rasa malas nak cari kat kedai, boleh la risik-risik kakak ni 😊.
Moga ada SINAR & BABY DUST tahun ni. AAMIIN.